Berita Auto

Perodua Aruz Diperbaharui Untuk 2021

Perodua hari ini mengumumkan bahawa Aruz telah diperbaharui untuk 2021. Walaupun mendapat beberapa kelengkapan baharu, SUV tujuh tempat duduk itu dijual tanpa sebarang perubahan harga iaitu RM68,526 untuk varian X dan RM73,226 untuk varian AV.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-20

Kedua-dua varian kini dilengkapi dengan pemijak sisi bagi memudahkan penumpang masuk dan keluar dari kenderaan, serta ciri penguncian pintu automatik apabila kenderaan mencapai kelajuan melebihi 20 km/j. Bagaimanapun, pintu akan dibuka secara automatik sekiranya berlaku perlanggaran.

Perodua Aruz

Selain itu, varian AV juga mendapat pilihan warna baharu iaitu Passion Red. Ia menyertai warna-warna Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White yang sedia ada.

Perodua Aruz

“Perodua mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang telah memberikan maklum balas dalam membantu kami menambahbaik Aruz dalam memenuhi keperluan dan kehendak sebenar rakyat Malaysia dengan lebih baik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Perodua Aruz

“Dengan jualan lebih 60,000 unit sejak kelahirannya pada 2019, Perodua Aruz telah menjadi SUV terlaris di Malaysia pada 2019 dan 2020. Namun, seiring dengan prinsip Kaizen, kami percaya bahawa tetap ada cara untuk menjadikan produk kami lebih baik,” tambah Dato’ Zainal.

Previous post

Toyota Land Cruiser GR-S Akan Datang Tidak Lama Lagi

Next post

Porsche Perkenal Kotak Bumbung Performance Untuk Taycan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *