Toyota Eco Youth Ke-20 Tarik Penyertaan 177 Sekolah
Dilancarkan secara rasmi pada Januari lalu dengan “Reimagining Mobility” sebagai tema terpilih, program Toyota Eco Youth (TEY) edisi yang ke-20 menyaksikan rekod penyertaan tertinggi iaitu 282 pasukan dari 177 buah sekolah di seluruh negara.
UMW Toyota Motor berkata walaupun format program terpaksa diubah kepada platform atas talian sepenuhnya akibat situasi pandemik semasa, pasukan-pasukan bertanding dapat menyampaikan idea masing-masing menerusi video dan pembentangan dalam talian yang menarik.
Dari 282 pasukan yang bertanding, hanya 16 disenarai pendekkan untuk membentangkan cadangan mereka menerusi saluran-saluran media sosial dan episod podcast di Spotify. Fasa pemilihan terakhir pada April lalu menyaksikan 10 finalis terpilih dan pemenang-pemenang akan ditentukan selepas pembentangan dibuat secara dalam talian pada 29 Mei ini.
Berikut adalah sekolah-sekolah yang terpilih sebagai finalis:
Menangani masalah sampah dan kitar semula merupakan antara tema popular bagi program tahun ini. Mempamerkan kemampuan inovasi yang mengagumkan, banyak sekolah mengemukakan idea untuk alat pintar digital, disokong oleh prototaip yang dibina dengan teliti.
“Seperti biasa, kami sangat kagum dengan kualiti projek dan idea inovatif yang dicadangkan. Bukan mudah bagi juri kami untuk memilih yang terbaik kerana setiap orang adalah pemenang dengan cara mereka sendiri, ”kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.
Tahun ini, UMW Toyota telah meningkatkan lagi ganjaran dengan menggandakan hadiah wang tunai kepada RM64,000.
No Comment