Berita Auto

Volkswagen Polo GTI Facelift Akan Diperkenalkan Bulan Hadapan

Berikutan pelancaran Polo facelift pada bulan lalu, Volkswagen kini mendedahkan pula teaser varian tertinggi dalam barisan model itu iaitu Polo GTI yang akan diperkenalkan sepenuhnya pada penghujung Jun depan.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-22

Menurut Volkswagen, Polo GTI versi facelift ini akan hadir dengan pacuan roda hadapan dengan tork yang tinggi, casis sport yang ditala secara dinamik serta reka bentuk yang ekspresif. Bercakap tentang reka bentuk, lakaran yang disiarkan ini menunjukkan dengan jelas rupa bahagian hadapan hatchback berprestasi itu.

Seperti Golf GTI, model ini menampilkan jalur berwarna merah pada bahagian bawah gril dan lampu hadapan, serta perincian dalam warna yang sama pada bahagian dapra. Selain itu, ia juga mendapat kemasan bermotifkan sarang lebah pada bahagian jeriji dan bampar, serta sepasang lampu nyalaan siang pada sudut kiri dan kanan bampar.

Perincian mengenai enjin masih belum didedahkan, namun ada kemungkinan model ini akan kekal dengan unit turbo 2.0-liter empat silinder seperti yang digunakan oleh model pra-facelift. Enjin tersebut menghasilkan 197 hp dan 320 Nm, membolehkan Polo GTI memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.7 saat dengan bantuan kotak gear DSG.

Previous post

Pasukan Formula One Aston Martin Cognizant Guna Computer Altair

Next post

Concept EQT Adalah Van Elektrik Dari Mercedes-Benz

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *