Berita Auto

BMW 2 Series Coupe Bakal Beraksi Di Goodwood Festival Of Speed

Nampaknya acara Goodwood Festival of Speed 2021 yang membuka tirainya pada 8 Julai depan bakal menyaksikan kemunculan beberapa model menarik. Selain Toyota GR 86, model yang akan turut mendemonstrasikan kehebatannya di litar sepanjang 1.86 km itu adalah BMW 2 Series Coupe baharu.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-72

Model dua pintu itu akan mengekalkan tradisi pacuan roda belakang, dengan pilihan enjin enam silinder sebaris. Setakat ini, enjin tersebut digunakan oleh varian tertinggi iaitu M240i xDrive yang mempunyai 374 hp. Kuasa yang dihasilkan itu kemudiannya disalurkan ke roda oleh transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan. Selain sistem pacuan semua roda xDrive, varian ini juga didatangkan dengan M Sports Differential pada gandar belakang.

BMW 2 Series Coupe

Dibina menggunakan platform Cluster Architecture (CLAR), 2 Series Coupe mempunyai kerangka yang lebih kukuh, serta jarak roda kiri dan kanan (track) yang lebih lebar. Apa yang menarik, semua varian dilengkapi standard dengan peredam ‘stroke-dependent dampers’ yang boleh bertindak balas dengan keadaan permukaan jalan. Adaptive M Chassis dengan peredam yang dikawal secara elektronik serta Variable Sports Steering pula boleh didapati secara opsyen.

Reka bentuk sebenar model ini masih belum diketahui namun apa yang pasti, ia tidak akan mempunyai gril ‘kidney’ yang besar seperti yang terdapat pada 4 Series. Rekaan dalamannya juga dijangka tidak jauh berbeza dengan model-model semasa BMW.

2 Series Coupe akan beraksi di Goodwood di samping jentera produksi BMW M yang paling berkuasa pernah dihasilkan iaitu M5 CS. Dengan 635 hp dan 750 Nm yang dibekalkan oleh enjin 4.4-liter twin-turbo V8, sedan itu mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya tiga saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 305 km/j.

Previous post

Porsche Cayenne Turbo GT - Raja SUV Baharu

Next post

Volkswagen Polo GTI Facelift Kekal Dengan 207 PS, 320 Nm

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *