Berita Auto

Geely Emgrand Generasi Ke-4 Didedahkan

Geely telah menyiarkan gambar rasmi pertama Emgrand generasi keempat menjelang pelancarannya yang dijangka dilakukan dalam masa beberapa minggu lagi. Orang awam di China boleh melihat sedan itu dengan lebih dekat semasa siri jelajah di 10 bandar di negara itu bagi mempromosikan Sukan Asia 2022.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-5

Seperti yang diura-urakan sebelum ini, Emgrand sah dibina menggunakan platform B-segment Modular Architecture (BMA) Geely yang turut digunakan oleh beberapa model lain termasuk Bin Yue/Coolray/Proton X50, Bin Rui dan ICON.

Dari segi rekaan, Emgrand kelihatan agak menarik dan bergaya, dengan garisan karakter sisi yang mendominasi bahagian sisinya. Di hadapan, sepasang lampu yang diberikan reka bentuk terkini mengapit gril dengan jeriji menegak, manakala di belakang, bar lampu dan trim hitam dengan tulisan ‘Geely’ menghubungkan lampu belakang.

Bampar belakang menampilkan sebuah ‘diffuser’ lengkap dengan siri-sirip kecil, sekaligus memberikan sedan ini sentuhan sporty tambahan.

Sementara itu, satu-satunya gambar dalaman yang disiarkan mendedahkan rekaan ruang kabin yang kemas, jauh berbeza jika dibandingkan dengan model generasi ketiga. Seperti yang boleh dilihat, Emgrand bakal hadir dengan skema dua tona, skrin infohibur yang diletakkan secara menegak serta corong pendingin hawa melintang.

Maklumat mengenai trenkuasa atau teknologi-teknologi lain yang terdapat pada model ini masih dirahsiakan namun kami yakin ia akan diumumkan oleh Geely dalam tempoh terdekat.

Previous post

MINI Electric Baharu Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Pra-Tempahan BMW iX Dibuka Dan Pengeluaran Series Bermula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *