Bisnes

Honda Malaysia Gantung Sementara Operasi Hingga 14 Jun

Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia, Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia akan menutup operasi perniagaannya buat sementara waktu dari 1 hingga 14 Jun 2021.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-2

Penutupan ini merangkumi kilang pengeluaran Honda Malaysia di Pegoh, Melaka, pejabat jualan di Petaling Jaya serta bilik pameran pengedar di seluruh negara. Honda Malaysia akan menyambung semula operasi perniagaannya pada 15 Jun 2021.

Walau bagaimanapun, syarikat itu akan terus memberikan perkhidmatan selepas jualan di semua wakil pengedar mereka di seluruh negara. Pelanggan dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi HondaTouch untuk proses tempahan servis yang lebih cepat dan mudah.

‘Walk-in’ tidak akan dibenarkan dan pelanggan diwajibkan untuk membuat tempahan dengan pengedar terdekat (dalam radius 10 km dari rumah) bagi memastikan kereta mereka diterima untuk servis. Servis yang disediakan adalah penyelenggaraan, cat dan badan (B&P) dan bantuan tunda.

Previous post

Aprilia Tuono 660 Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *