Pemandu Maut Selepas Kereta Merempuh Tol Setia Alam
Difahamkan bahawa lorong tol itu tutup ketika kejadian.
Satu lagi kemalangan plaza tol mengerikan, seorang lelaki terbunuh setelah dia merempuh keretanya ke penghalang konkrit di plaza tol Setia Alam, semalam (8 Jun 2021).
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang pada Selasa.
Siasatan menunjukkan bahawa mangsa, yang dikenali sebagai Chew Teck Chan, sedang dalam perjalanan ke Shah Alam ketika dia kehilangan kawalan kenderaannya dan merempuh penghalang konkrit salah satu lorong Smart Tag. Melihat kepada kedudukan tiang kuning, dipercayai bahawa lorong itu tutup pada masa kejadian.
Kesan impak yang kuat menyebabkan pemandu berusia 34 tahun itu tersepit di dalam kereta. Menurut laporan, penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk mengeluarkan mayat menggunakan pemotong dan penyekang hidraulik.
Pemandu disahkan mati di tempat kejadian oleh anggota paramedik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Jenazahnya dibawa ke Shah Alam untuk bedah siasat berikutan keputusan ujian Covid-19.
Melihat kepada foto tempat kejadian, kami rasa Honda City itu pasti bergerak dengan kelajuan yang agak tinggi ketika menghentam penghalang. Ini mengakibatkan kerosakan besar pada bahagian depan dan sel penumpang, dengan hampir separuh sedan itu hancur teruk.
Walaupun punca sebenar kemalangan ini masih dalam penyiasatan, biarlah ini menjadi peringatan kepada semua agar berhati-hati dan perlahankan kenderaan bila menghampiri plaza tol.
No Comment