Berita Auto

Peugeot 308 SW – Wagon Anggun Dari Perancis

Nama Peugeot mungkin tidak segah pengeluar-pengeluar Eropah yang lain namun tidak boleh dinafikan yang model-model keluarannya sangat menarik perhatian. Pada Mac lalu, kita telah lihat 308 generasi baharu yang boleh dianggap sebagai hatchback tercantik setakat ini. Kini, syarikat dari Perancis telah memperkenalkan versi wagonnya iaitu 308 SW.

Seperti yang boleh dilihat, ia kelihatan tidak ubah seperti 308 hatchback kecuali ia mempunyai badan dan bumbung yang lebih panjang. Lebih tepat lagi, ukuran panjang keseluruhan wagon ini adalah 4,640 mm, manakala ukuran tapak rodanya pula adalah 2,730 mm, iaitu 273 mm dan 55 mm lebih panjang berbanding model hatchback itu.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan tailgate elektrik yang memberikan akses kepada ruang but berkapasiti 608 liter dan tempat duduk belakang dengan konfigurasi lipatan 40:20:40. Jika tempat duduk ini dibaringkan sepenuhnya, anda akan mendapat ruang but yang lebih besar dengan kapasiti mencecah 1,634 liter.

Rekaan ruang kabinnya juga sama, dengan stereng kompak, i-Cockpit serta butang i-Toggle yang dikonfigurasikan. Turut disertakan adalah dua port pengecas USB-C untuk penyambungan dan pengecasan gajet. Ia juga boleh menghubungkan dua gajet serentak pada sistem infohibur menerusi Bluetooth.

308 SW akan ditawarkan dengan pilihan enjin hibrid plug-in (PHEV), petrol dan diesel, dengan pilihan transmisi automatik lapan kelajuan atau manual enam kelajuan. Berikut adalah varian-varian yang ditawarkan:

PHEV

  • HYBRID 225 e-EAT8
  • HYBRID 180 e-EAT8

Petrol

  • PureTech 110 S&S BVM6
  • PureTech 130 S&S BVM6
  • PureTech 130 S&S EAT8

Diesel

  • BlueHdi 130 S&S BVM6
  • BlueHdi 130 S&S EAT8

Pakej bantuan pemandu Drive Assist 2.0 turut disertakan. Ia merangkumi ciri-ciri seperti Adapative Cruise Control dengan fungsi Stop & Go, Lane Departure Warning, Semi Automatic Lane Change, Early Speed Recommendation dan Curve Speed Adaptation.

Previous post

Hyundai Elantra N Diacah - Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Next post

Flagship Lynk & Co 09 Dilancarkan Di China Berdasarkan Volvo SPA

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *