Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Prologue Diumumkan Sebagai SUV Elektrik Pertama Honda

Honda telah mengumumkan bahawa kenderaan elektrik terbarunya akan dikenali dengan nama Prologue. Buat masa ini, model SUV itu hanya dibangunkan secara eksklusif untuk Amerika Utara dan akan mula dijual di pasaran itu pada 2024.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-69

Pada masa yang sama, syarikat itu juga akan membangunkan sebuah SUV berjenama Acura menggunakan platform yang sama dengan Prologue dan bateri Ultium daripada General Motors. Bagaimanapun, nama model ini masih belum didedahkan.

Apa yang pasti, kedua-dua model ini akan menjadi produk pertama yang terhasil daripada kerjasama antara Honda dan General Motors yang diumumkan secara rasmi pada September tahun lalu. Prologue dan model Acura yang belum dinamakan itu akan disusuli dengan pelancaran siri baharu model EV menggunakan platform e:Architecture pada separuh kedua abad ini.

Kedua-dua model ini merupakan langkah pertama Honda dalam mencapai visinya untuk hanya menjual kenderaan bebas emisi di Amerika Utara menjelang 2040. Anda mungkin sudah sedia maklum yang Honda mempunyai sejarah panjang dalam menjual kenderaan elektrik/elektrifikasi di Amerika Syarikat. Ia bermula dengan EV Plus pada 1997, diikuti dengan model hibrid pertama Amerika iaitu Insight pada 1999, FCX tiga tahun kemudian dan Clarity pada 2017.

Previous post

Alfa Romeo Meraikan Ulang Tahun ke-111

Next post

Porsche 911 Gunther Werks GW-993 Ini Milik Joe Rogan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *