Berita Auto

Semua Peminjam Dapat Moratorium Automatik 6 Bulan Tanpa Syarat

Dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) petang ini, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata moratorium pinjaman bank selama enam bulan akan diberikan kepada semua individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, usahawan mikro atau pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-66

Tambah beliau, kemudahan itu ditawarkan tanpa sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan untuk mengesahkan sama ada pemohon telah hilang pekerjaan. Pemohon juga tidak perlu mengemukakan sebarang dokumentasi.

Muhyiddin berkata, peminjam hanya perlu membuat permohonan dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas, namun ia tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

Permohonan moratorium akan dibuka pada 7 Julai ini. Pemohon bagaimanapun perlu menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Dengan pengumuman ini, mereka yang mempunyai pinjaman sewa beli atau perumahan boleh menarik nafas lega selama enam bulan. Namun, apakah nasib syarikat-syarikat pengedar kereta yang terjejas teruk akibat ‘total lockdown’? Tidak dilupakan juga para jurujual kereta yang banyak bergantung kepada komisen yang diterima dari setiap jualan.

Previous post

Aston Martin AMR Pro Adalah Hypercar Le Mans Yang Boleh Dibeli

Next post

HV Big Dog SUV Mungkin Dibawa Masuk Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *