Khidmat Masyarakat

Jangan Jadi Mangsa Penipuan Penasihat Jualan Palsu – Perodua

Perodua dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengingatkan pelanggan baharunya dan yang sedia ada supaya tidak terpedaya dengan penipuan yang melibatkan penasihat jualan palsu yang meminta pelanggannya untuk membuat pembayaran ke dalam akaun bank peribadi.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-4

“Baru-baru ini, kami telah mengenalpasti dan menemui sekurang-kurangnya dua individu yang telah menyamar sebagai penasihat jualan Perodua dan meminta pelanggan untuk membuat bayaran tempahan atau wang pendahuluan ke dalam akaun bank peribadi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Beliau menambah bahawa Perodua sedang bekerjasama dengan pihak polis mengenai isu tersebut.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pelanggan kami yang dihargai untuk hanya membuat sebarang pembayaran ke dalam akaun syarikat rasmi atau di kaunter cawangan-cawangan kami sahaja,” kata Dato’ Zainal.

Walaupun bilik pameran tidak beroperasi semasa tempoh ‘lockdown’, orang ramai harus sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan. Berikut adalah panduan yang diberikan oleh Perodua:

  • Jangan segera menerima tawaran, sama ada atas talian atau cetak, tanpa mendapatkan pengesahan maklumat terperinci daripada penasihat jualan dan servis Perodua yang sah, atau platform atas talian rasmi kami di www.perodua.com.my, Facebook dan Instagram.
  • Jangan berikan maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, alamat rumah dan nombor kad pengenalan tanpa memastikan individu yang berurusan dengan anda adalah kakitangan Perodua yang sah.
  • Jangan membuat sebarang pembayaran, termasuk wang pendahuluan atau wang tempahan ke dalam akaun bank peribadi. Semua pembayaran mesti dibuat ke akaun syarikat sahaja.

Untuk maklumat terkini mengenai produk Perodua dan senarai terkini dan tepat pusat-pusat jualan dan servis Perodua, layari laman web rasmi Perodua atau ikuti mana-mana halaman media sosial rasmi syarikat itu di Facebook dan Instagram.

Sekiranya ada individu yang mendakwa diri mereka sebagai wakil jualan atau servis Perodua dan meminta anda membuat pembayaran ke dalam akaun peribadi, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Perodua di 1-800-88-6600 pada waktu pejabat, atau kemukakan pertanyaan anda di https://www.perodua.com.my/contact-us.html.

Previous post

Skandal MARii: Seorang Doktor Yang Meragukan Menjadi Perunding Perubatan Mereka

Next post

Mahkamah Kebankrapan Membolehkan SsangYong Dijual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *