Chevrolet Menasihatkan Pemilik Bolt JANGAN Mengecas EV Mereka Semalaman
Pemilik Bolt dinasihatkan agar tidak membiarkan kenderaan mereka dicas semalaman tanpa pengawasan.
Satu lagi berita yang membimbangkan mengenai kenderaan elektrik (EV) dan pengecasan bateri. Berita yang dikongsi mengatakan bahawa General Motors (GM) menasihati pemilik model Chevrolet Bolt yang dijual antara 2017 hingga 2019 untuk TIDAK meletakkan kereta berkuasa bateri mereka di dalam rumah atau membiarkannya mengecas semalaman tanpa pengawasan.
Ini bermakna, anda tidak boleh plug-in Bolt EV anda dan membiarkannya tanpa pengawasan dan jangan meletakkan kereta anda di garaj anda seperti kereta petrol atau diesel biasa.
Amaran oleh pengeluar ini muncul di tengah-tengah dua kes baharu di mana hatchback bertenaga bateri ini terbakar, dengan salah satunya dimiliki anggota perundangan negara di Vermont di Amerika.
Agak mengkhuatirkan juga untuk GM, kedua-dua kereta yang rentung sejak kebelakangan ini sudah kena recall pada bulan November 2020, untuk memperbaiki kesalahan pengeluaran yang menyebabkan Bolt terbakar. Dengan dua kes terbaharu ini, jumlah keseluruhan adalah 9 EV Chevrolet yang kini telah terbakar sendiri.
General Motors menyatakan bahawa pihaknya masih menyiasat kerosakan yang menyebabkan kedua-dua Bolt ini terbakar, dan belum lagi mengeluarkan notis penarikan balik kali kedua. Walau bagaimanapun, syarikat gergasi Amerika itu menggesa pemilik Chevrolet elektrik 2017 hingga 2019 yang belum melakukan penarikan semula bateri asal untuk melakukannya dengan segera, sebagai langkah berjaga-jaga.
The National Highway Traffic Safety Administration (Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya Nasional) menggesa pemilik kenderaan Model Chevrolet Bolt Tahun 2017-2019 berkenaan untuk meletakkan kenderaan mereka di luar dan jauh dari rumah kerana risiko kebakaran.
Pemilik kenderaan ini harus meletakkan kenderaan mereka di luar rumah dan bangunan lain sebaik sahaja mengecas dan tidak boleh membiarkan kenderaan mereka dicas semalaman, menurut General Motors.
Kenderaan yang harus diparkir di luar adalah kenderaan yang pada sudah dipanggil balik pada November 2020 untuk kemungkinan kebakaran pada pek bateri voltan tinggi di bawah kusyen bawah tempat duduk belakang.
Pek sel kenderaan yang terjejas berpotensi untuk berasap dan menyala didalam, yang boleh merebak ke bahagian lain kenderaan dan menyebabkan kebakaran struktur jika diparkir di dalam garaj atau berhampiran rumah. Penarikan semula ini mempengaruhi 50,932 kenderaan Chevrolet Bolt MY 2017-19 MY.
Kenderaan harus diparkir di luar tanpa mengira sama ada penarikan balik sementara atau terakhir yang telah selesai. NHTSA menyedari dua kebakaran Chevrolet Bolt EV baru-baru ini adalah kenderaan yang sudah ditarik balik dan telah “diperbaiki”.
NHTSA membuka kertas siasatan (PE 20-016) pada Oktober 2020, dan terus menilai maklumat yang diterima, dan sedang memeriksa kebakaran terbaharu ini.
Pemilik kenderaan boleh mengunjungi NHTSA.gov/recalls dan memasukkan nombor pengenalan kenderaan 17 digit mereka untuk menyemak sama ada kenderaan mereka terjejas dalam penarikan balik ini. Sekiranya ada, pemilik kenderaan harus segera menghubungi pengedar Chevrolet terdekat mereka untuk menjadualkan pembaikan percuma. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penarikan balik ini, lawati www.chevy.com/boltevrecall.
Pemilik juga boleh memuat turun aplikasi SaferCar baru NHTSA untuk Apple atau Android. Masukkan maklumat kenderaan, tayar, tempat duduk, atau peralatan kendaraan lain, dan aplikasi akan menghantar notifikasi jika ada penarikan dikeluarkan.
No Comment