Berita Auto

Kakitangan Proton Mula Terima Suntikan Vaksin

Proton telah memulakan proses vaksinasi bagi semua kakitangan di Tanjung Malim, Perak dan Shah Alam mulai semalam (12 Julai 2021).

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-28

Menurut syarikat itu, pekerja yang belum lagi divaksinasi akan mendapat temu janji melalui applikasi MySejahtera. Proses itu akan berlangsung selama beberapa hari bagi memastikan kesemua yang mendaftar untuk memperoleh vaksin mendapat dos pertama mereka.

Bagi mempercepatkan usaha di Tanjung Malim, Proton telah bekerjasama dengan pihak berkuasa peringkat Negeri dan Persekutuan untuk menjadikan kompleks sukan sebagai pusat pemberian vaksin industri (PPVIN). Dengan kapasiti maksimum harian lebih kurang 800 orang, PPVIN tersebut akan beroperasi selama enam hari bagi memastikan warga Proton serta pembekal yang berada di sana mendapat vaksin mereka.

Bagi kakitangan di Shah Alam pula, mereka akan mendapat vaksin mereka di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kerana kekangan ruang yang besar dan syarat pematuhan SOP diperlukan oleh Proton untuk mewujudkan PPV sementara.

“Proton berharap dengan proses vaksinasi warga kerja, kami akan membantu mengurangkan jangkitan Covid-19 di Malaysia. Dengan inisiatif sama dari syarikat lain, ia mampu menghidupkan semula industri automotif yang terhenti seketika semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.

Proses vaksinasi ini akan diulangi semula tiga minggu kemudian bagi warga Proton mendapatkan dos kedua mereka. Syarikat menjangkakan kebanyakan kakitangan mereka akan mendapat vaksin penuh menjelang pertengahan Ogos.

Previous post

Genesis G70 Shooting Brake Buat Kemunculan Di Goodwood

Next post

Pengganti Lamborghini Aventador Akan Dapat Enjin V12 Serba Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *