Bentley Flying Spur Hybrid Edisi Odyssean Dikatakan Melihat Kepada Masa Depan Berkelanjutan
Bentley Flying Spur Hybrid Edisi Odyssean… Adakah Ia Cukup Hijau?
Kami memang tahu Bentley tidak menghasilkan kereta yang paling mesra alam, tetapi nampak gayanya mereka sudah mula berusaha. Di sebalik tabir, mereka meningkatkan kelangsungan operasi mereka dan di lantai bilik pameran, kita sudah melihat pilihan hibrid “disederhanakan” seperti Bentayga Hybrid dan baru-baru ini, Flying Spur Hybrid.
Minggu ini, mereka mengambil Flying Spur Hybrid baharu ini sebagai langkah yang lebih ‘hijau’ dengan pengumuman Flying Spur Hybrid Edisi Odyssean. Versi 4 pintu ini mendapat inspirasi dari kereta konsep Bentley EXP 100 GT dan memperkenalkan bahan lestari baharu. Itu semua adalah sebahagian daripada strategi Beyond100 syarikat.
Di dalamnya, kabin Edisi Odyssean adalah tempat kebanyakan bahan baharu dan lestari digunakan. Tweed pada panel tertentu telah dibuat dari 100% bulu bersumber tempatan. Permaidani Lambswool adalah pilihan dan meningkatkan kandungan bulu dalaman Flying Spur Odyssean Edition.
Unsur kayu menggunakan venir Koa pori terbuka. Permintaan Kayu Koa sangat tinggi dan mahal. Ia berasal dari Hawaii dan hanya tumbuh di sana. Tetapi sebab sebenarnya ia mahal adalah kerana ia hanya boleh digunakan dari pokok Koa yang sudah mati atau mereput.
Dari segi kelestarian, Bentley menggurangkan kegunaan lakuer sebanyak 90% pada venir kayu Koa mereka daripada. venir tradisional. Ini membolehkan tekstur permukaan semula jadi kayu dinikmati di dalam kabin. Lapisan lakuer hanya dengan ketebalan kira-kira 0.1mm.
Dari segi upholsteri, Bentley hanya menggunakan kulit lestari untuk bahagian dalam.
Powertrain di sini sama dengan Flying Spur Hybrid biasa – 2.9L V6 dengan motor elektrik. Ia mampu memberikan jarak 700km ketika diisi dan dicas sepenuhnya.
Namun, dengan mempertimbangkan semua ini, adakah Bentley Flying Spur Hybrid Edisi Odyssean benar-benar ‘hijau’? Bentley mendakwa kereta itu adalah gambaran masa depan syarikat. Sekiranya demikian, langkah mereka untuk menjadi lebih lestari dari alam sekitar nampaknya hanya setengah matang. Kami tidak tahu bagaimana mereka mendekati plastik, elektronik, bateri dan bagaimana strategi kitaran hayat produk mereka. Dan ini mungkin bukan persoalan yang mudah dijawab bagi Bentley.
No Comment