Mitsubishi Motors Bayar Denda “Dieselgate” €25 Juta di Eropah
Mitsubishi Motors ada skandal pelepasan diesel mereka sendiri.
Ingat Dieselgate? Hadiah Volkswagen yang tidak berhenti memberi? Well, tahun ini, kesannya dirasakan oleh Mitsubishi Motors di Eropah. Pembuat kereta Jepun itu membayar denda €25 juta kepada pendakwa Jerman atas tuduhan penipuan. Rayuan tidak dibuat dan Mitsubishi Motors bersetuju untuk membayar jumlah penuh dengan segera. Sebenarnya, denda itu dikeluarkan dan terus dibayar pada bulan Mac 2021, tetapi berita tentangnya hanya dikeluarkan hari ini.
Kami tertanya sama ada jualan armada kereta klasik Mitsubishi Motors UK termasuk penetap rekod Lancer Tommi Makinen ada kaitan dengan pembayaran denda ini.
Siasatan oleh pihak berkuasa Jerman adalah berkenaan dengan kenderaan Mitsubishi yang berenjin diesel 1.6 liter dan 2.2 liter yang telah dinilai bersesuaian dengan standard Euro 5 dan Euro 6. Enjin disyaki dilengkapi dengan alat pemadaman yang akan mengubah tingkah laku enjin ketika diuji.
Tidak jelas apa yang dijumpai oleh pihak berkuasa, tetapi mereka membuat keputusan untuk menggenakan denda yang besar. Mereka juga mendapati bahawa pelanggaran itu tidak dilakukan dengan sengaja dan tidak ada tingkah laku penipuan yang dikesan.
Kami tertanya-tanya apa sebenarnya sebab mereka didenda . Mungkin ada beberapa sebab teknikal dalam keperluan pelepasan yang mungkin dilupakan oleh jurutera.
Apa kaitannya dengan Dieselgate?
Well, kerana Dieselgatelah, pengawal selia mula menyiasat bagaimana pembuat kenderaan melakukan ujian pelepasan mereka. Volkswagen didapati telah memprogramkan kenderaan mereka menunjukkan ia mematuhi piawaian pelepasan hanya bila ujian dikesan (bila tidak ada input stereng, ECU akan menganggapnya kereta sedang diuji untuk pelepasan).
Volkswagen kena kantoi Lembaga Sumber Udara California dan beberapa penyelidik Universiti berbakat. Bila mereka akhirnya mengaku salah, tembelang pecah terburai.
Setelah pecah tembelang, pihak berkuasa di seluruh dunia, bukan hanya di Eropah mula menyiasat semua pembuat kenderaan.
Skandal Lain Mitsubishi
Di Jepun, Mitsubishi telah disiasat berkenaan kes manipulasi data ujian kereta kei yang mereka buat untuk Nissan. Perlu diperhatikan bahawa ujian ini berkaitan dengan kecekapan bahan bakar kereta petrol dan bukannya pelepasan kereta diesel. Itulah yang menyebabkan Nissan akhirnya membeli terus syarikat itu.
No Comment