Promosi / Tawaran / Peraduan

Nikmati Lebih Penjimatan Dengan Volkswagen Cares

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini memperkenalkan beberapa tawaran selepas jualan di bawah inisiatif Volkswagen Cares dalam usaha meringankan beban para pemilik kereta sepanjang tempoh yang sukar ini, di samping meningkatkan pengalaman pemilikan mereka.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-18

Pembiayaan Fleksibel dengan Pelan Pembayaran 0% untuk Kos Selepas Jualan

Pemilik kini boleh memilih untuk membayar bil secara ansuran sama ada enam atau 12 bulan dengan kadar faedah 0% apabila menggunakan kad kredit. Ini sah untuk semua bentuk kerja pembaikan dan servis yang ditawarkan di pusat servis terpilih Volkswagen. Mereka dinasihatkan untuk merujuk syarat dan terma spesifik mengenai pelan pembayaran ini dengan pengedar kereta mereka.

Diskaun Servis 20% untuk Ahli VCP (Volkswagen Care Plus)

Ahli VCP layak untuk mendapat tiga baucar rebat 20% untuk servis penyelenggaraan. Baucar tersebut boleh digunakan bermula tahun kelima servis dan diikuti oleh dua servis lagi dalam tempoh tiga tahun. Selain itu, mereka juga akan menerima bantuan tepi jalan secara percuma untuk dua tahun (tertakluk kepada terma dan syarat).

Diskaun 30% untuk Pakej Pembaikan Volkswagen

Para pelanggan akan menikmati diskaun sebanyak 30% untuk pakej pembaikan terpilih apabila membaiki kereta di pusat servis sah Volkswagen. Ia tertakluk kepada model-model Volkswagen yang berusia lebih dari lima tahun.

Faedah Volkswagen Insurance Plan (VIP)

Tidak mempunyai kos pembaikan untuk kereta sehingga 10 tahun, para pemegang polisi Pelan Insurans Volkswagen (Volkswagen Insurance Plan) akan menerima perlindungan komprehensif dan pelbagai perkhidmatan nilai tambah tanpa perlu membayar sebarang kos berlebihan. Selain itu, terdapat jumlah yang dipersetujui dan nilai yang diinsuranskan untuk kenderaan sehingga 10 tahun sekiranya berlaku kerugian total.

Antara kelebihan VIP termasuklah diberi keutamaan dalam kelulusan tuntutan, kelulusan penggantian cermin depan dalam masa dua jam, bantuan tepi jalan dengan perkhidmatan menunda kecemasan 24 jam, serta jaminan setiap kerja pembaikan dijalankan di pusat badan dan cat Volkswagen yang sah. Ia mematuhi standard pembaikan Volkswagen dan hanya menggunakan alat ganti tulen.

Para pemilik juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik Car Advisor yang akan dikongsi oleh para pengedar mereka selepas selesai setiap servis. Ia bagi membolehkan Volkswagen untuk terus menambah baik aspek pengurusan pengalaman pelanggan mereka.

Previous post

Polestar Lantik Wearnes Sebagai Pengedar Eksklusif Di Singapura

Next post

Land Rover Defender Dihidupkan Semula Dengan Jantung BMW

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *