Penipuan Automotif Bernilai RM1 Bilion Berterusan Di Malaysia
‘Black Economy’ kemalangan kereta dan bengkel kami berterusan tahun demi tahun.
Perniagaan bengkel kereta yang besar dan pesat meningkat di Malaysia mungkin merupakan pekerjaan terbaik selepas ahli politik. Ya, ini adalah industri yang melibatkan banyak ‘pemain’ dan ganjaran kewangannya sangat hebat.
Biar kami jelaskan, sekiranya perkara di atas adalah perkara baharu bagi anda. Pernahkah anda hairan mengapa setiap kali anda mengalami atau menjadi saksi kemalangan di jalan raya, lebuh raya atau persimpangan utama, dalam sekelip mata ‘BANTUAN’ timbul entah dari mana? Ya, ‘BANTUAN’ yang kita maksudkan di sini ialah ‘AGEN’ yang menyerahkan kad nama kepada anda yang mengaku berasal dari bengkel yang sah untuk jenama kereta kemalangan anda.
Ya, tidak kira apa jenama kereta yang anda pandu, dari Perodua kepada Porsche, ‘AGEN’ ini akan menjamin kerja pembaikan berkualiti 100 peratus dan dalam beberapa minit saja lagi akan ada lebih banyak ‘AGEN’ yang datang untuk menawarkan servis tanpa masalah yang terbaik dan hebat.
Ini adalah barisan penyamun pertama yang akan memujuk anda menyerahkan kereta anda kepada mereka dan memanggil geng mereka untuk cepat menunda kereta anda dengan segera.
Apabila kereta anda ditunda, kereta anda TIDAK akan pergi ke bengkel kerana semasa dalam perjalanan mereka sibuk bercakap dengan beberapa pemilik bengkel untuk mendapatkan komisen terbaik untuk membawa kenderaan accident anda.
Setelah persetujuan dibuat, kereta anda dibawa kepada bengkel yang menawarkan komisen tertinggi dan kemudian kereta anda diserahkan kepada pemilik bengkel tersebut. Mereka kini dapat ‘menghentam’ margin 300-500 persen kepada bil repair anda kepada syarikat insurans.
Adjuster insurans akan datang untuk pemeriksaan kemalangan. Sebelum dia sampai, bengkel dengan cepat akan menambahkan kerosakkan kepada kereta anda untuk meningkatkan bil pembaikan. Mereka akan mengeluarkan beberapa alat-ganti dan bahagian kereta yang mahal dan mengatakan bahawa kereta anda tiba macam tu dan ada calar tambahan di badan kereta anda dan anda tiba-tiba memerlukan respray penuh seluruh kereta.
Macam mana kami tahu ini? Kami pernah nampak sendiri dan menjadi saksi kepada kereta kemalangan dengan hanya kerosakan kecil di mana kerosakkan ‘tambahan’ dilakukan kepada kereta itu.
Seterusnya rundingan antara pemilik bengkel dan penyelaras insurans diadakan mengenai bil terakhir. Kemudian apabila kerja dimulakan, kira-kira 99 peratus bengkel akan menggunakan alat ganti terpakai, alat ganti second hand dan memasang semula beberapa alat-ganti anda sendiri yang mereka keluarkan terdahulu. Kemudian respray berkualiti rendah akan dilakukan hanya untuk memuaskan kamera digital adjuster insurans.
Apabila pemilik kereta datang untuk mengambil kereta mereka, mereka tidak pernah berpuas hati dengan kerja yang dilakukan dan selalunya mereka perlu mengeluarkan wang tambahan untuk melakukan kerja semula.
Sementara itu, bil pembaikan yang sepatutnya berharga RM2088.10 menjadi RM10,560,98 seperti yang dikongsi di bawah. Ya, ini adalah petikan yang diterima oleh pemilik kereta mewah untuk kerosakan kecil dari bengkel yang sah.
Sekiranya pemilik kereta yang rosak membayar sendiri jumlahnya adalah RM2k yang berpatutan tetapi jika mereka menuntut dari syarikat insurans, MSIG, jumlahnya akan meningkat 500 peratus menjadi RM10k.
Kami telah menapis maklumat sensitif untuk mengelakkan tuntutan mahkamah dan melindung identiti pemilik kereta yang ingin kongsi dengan kami pengalaman mereka setelah membaca artikel terbaru kami mengenai penipuan besar-besaran dalam industri automotif.
No Comment