MOFAZ Menamatkan Dealership Mereka Dengan Honda Di Ara Damansara
Dealership Mercedes-Benz MOFAZ di Langkawi turut ditamatkan.
Adakah ini permulaan rentetan hartawan perniaga kereta yang mapan menjauhkan diri dari perniagaan yang menjadikan mereka jutawan atau ini hanya kerana alasan ekonomi?
Tanda-tanda dan laporan berita sudah lama muncul dalam talian mengenai bilik pameran kereta yang mungkin terpaksa ditutup kerana lockdown Covid-19.
Well, MOFAZ dibawah nama Millennium Auto & Carriage akan keluar dari perniagaan francais Honda dan bilik pameran itu akan terus beroperasi dengan peniaga yang baharu jadi peralihan itu akan berlaku dengan lancar dengan semua kakitangan mereka berterusan dengan peniaga baharu dan perniagaan adalah seperti biasa dengan pelanggan setia mereka.
Oleh itu, pemilik kenderaan Honda dari pengedar ini, harap maklum bahawa tidak ada yang akan berubah pada dasarnya dan anda akan diberi 101 peratus perhatian dan penjagaan yang sama oleh pengedar baharu.
MOFAZ sudah menjadi peniaga Honda selama hampir 20 tahun (membuka pintunya pada bulan November 2001) dan ini merupakan kisah kejayaan bagi mereka. Terletak di Lot nombor 2007, Wisma MOFAZ, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur, adalah satu dealer Honda dan pusat servis 3S yang sah.
Pemilik MOFAZ, Haji Mohamed Fauzy bin Abdul Hamid (Haji Fauzy), juga merupakan pemegang permit dan pengimport kereta terpakai dan kira-kira tiga dekad yang lalu dia juga merupakan pengedar kapal rekreasi terbesar (MOFAZ Marine) di Malaysia yang berpusat di Langkawi.
Ditubuhkan sejak tahun 1977, MOFAZ bermula sebagai syarikat pedagang Fast Moving Consumer Goods (FMCG), Barang Pengguna Cepat Bergerak serta import dan eksport komoditi utama.
Dengan pengurusan perniagaan yang mantap dan perancangan pengembangan yang berhemah, MOFAZ menjalani beberapa metamorfosis dan dalam beberapa tahun berkembang menjadi sebuah konsortium dinamik yang merangkumi industri laut rekreasi, automotif, perkhidmatan penerbangan umum, pembangunan dan pembinaan harta tanah, perhotelan dan terutama sekali, sukan permotoran, yang mana MOFAZ amat bersemangat sekali.
Ramai yang ingat kepada litar go-kart yang dibina dan dikendalikan oleh anak-anak Haji Fauzy (di seluruh negara) yang turut diminati dan dikunjungi perlumba terkenal dengan pengalaman berlumba dari seluruh dunia.
MOFAZ turut melepaskan dealer Mercedes-Benz di pulau bebas cukai Langkawi. Pengedar yang terletak di Lot 946, Jalan Padang Matsirat, 07100 Langkawi, Kedah Darul Aman ini baru dibeli baru-baru ini dan masih dibuka untuk perniagaan di pulau itu.
Pengedar Mercedes-Benz MOFAZ Exotic Car Sdn Bhd di Lot 422 – 425, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru, Kelantan Darul Naim tetap bersama mereka dan tidak ada rancangan untuk melepaskan outlet ini di negeri asal mereka.
No Comment