Hibrid, Elektrik, Hidrogen

UMW Toyota Labur RM270 Juta Untuk Pemasangan Kenderaan Hibrid Elektrik

Dengan sejarah 52 tahun pengeluaran kenderaan Toyota di Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini mengumumkan arah tuju untuk mencapai neutraliti karbon bagi membuka jalan kepada pengeluaran massa kenderaan hibrid elektrik (HEV) di sini.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-14

Usaha ini adalah bukti komitmen Toyota Motor Corporation (TMC) untuk membawakan “mobiliti untuk semua” serta melahirkan “kegembiraan untuk semua” ke arah membentuk “Masyarakat Bersih dan Selamat”.

Untuk menjadikannya kenyataan, TMC telah memberikan komitmen untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050, melalui kaedah praktikal dan mapan. Turut menjadi sebahagian daripada perancangannya adalah untuk mengeluarkan barisan lengkap kenderaan emisi rendah melalui pelan elektrifikasi bagi memenuhi kepelbagaian permintaan mobiliti di seluruh dunia.

Selain itu, ada banyak lagi usaha lain yang sedang dalam perancangan untuk mengurangkan pembebasan karbon dan untuk mengatasi kesan pembebasan karbon dioksida (CO2) di dalam semua proses yang terlibat dalam kitaran pengeluaran, pengangkutan, operasi, bahan api atau pengecasan, kitar semula serta pelupusan kenderaan.

“Ini merupakan waktu yang menarik bagi industri automotif Malaysia, dan UMW Toyota Motor bersedia untuk menjadi pelopor kepada impian ini. Untuk mencapainya dengan penyelesaian paling realistik, praktikal dan segera adalah melalui teknologi dan kenderaan hibrid elektrik Toyota,” ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Bagi tujuan itu, UMW Toyota Motor akan melaburkan sejumlah RM270 juta lagi di Malaysia untuk memperluaskan operasi dan kemudahan pengeluaran sedia ada. Jumlah ini termasuk pengenalan kenderaan HEV generasi baharu yang dilengkapi dengan teknologi termaju.

“Kami bersedia (dengan pengenalan barisan kenderaan HEV) dan teknologi berkaitan; sokongan servis, prasaran semasa; dasar global dan domestik; tahap mampu milik dan keberkesanan kos; serta kesedaran serta permintaan pelanggan, terutamanya di Malaysia, yang kini berada di tahap paling ideal untuk membolehkan kami meneruskan perjalanan baru yang menarik ke arah mencapai neutraliti karbon ini,” jelas Takeyama.

“HEV Toyota sedang berada di tahap paling maju ketika ini, dan mempersembahkan dirinya sebagai penyelesaian paling realistik, segera, ekonomikal dan praktikal bagi pengeluaran pasaran dan jualan massa dari segi pengurangan pembebasan CO2, kemudahan penggunaan dan penerima harga oleh pelanggan,” tambahnya.

Tambahan pula, kajian telah menunjukkan bahawa pengurangan pembebasan CO2 antara kenderaan hibrid penuh dan HEV adalah hampir sama, mengambil kira sumber elektrik serta aspek yang bermula dari pengeluaran hinggalah kepada pemilikannya.

Bagi pembeli di Malaysia, pengeluaran tempatan HEV Toyota akan diterjemahkan ke dalam peralihan era baru permotoran, yang menyediakan capaian kepada teknologi terkini dan paling inovatif, pada tahap harga praktikal dan berpatutan kepada khalayak yang lebih meluas.

Dengan matlamat untuk menjadi pelopor usaha neutraliti karbon di Malaysia, pelaburan baru UMW Toyota Motor ini adalah tambahan kepada pelaburan terdahulu bernilai RM2 bilion yang digunakan untuk pembinaan kilang di Bukit Raja yang dianggap sebagai kilang Toyota paling maju dan moden di rantau Asia.

Jejak sekitar kilang berkenaan termasuk pemasangan panel solar 2MW serta kemampuannya untuk mengumpul dan mengitar semula 156 kubik meter air hujan. Ia juga menampilkan pembebasan terendah bagi sebatian oraganik meruap (Volatile Oraganik Compound) di Asia dengan pemasangan pengoksida suhu regeneratif (Regenerative Thermal Oxidiser).

“Sebagai pengeluar, langkah segera yang boleh kami ambil untuk menghindarkan pemanasan global adalah untuk mencari pendekatan terbaik bagi proses pengilangan dan pengeluaran kenderaan kami. Tetapi, usaha berkenaan tidak boleh berhenti di situ sahaja. Ia memerlukan perubahan kesedaran dalam minda masyarakat, mendidik orang muda terhadap kepentingan untuk melindungi alam sekitar serta melibatkan penyertaan aktif semua pihak berkepentingan,” jelas Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Previous post

Strategi 2025 Global Great Wall Motor

Next post

ORA Daftar Paten Punk Cat Di Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *