Motosikal / Skuter / Roda

BMW Motorrad Malaysia Lancar M 1000 RR, S 1000 R

Selepas melancarkan model C 400, G 310 dan R 1250 GS minggu lalu, BMW Motorrad Malaysia kini kembali dengan dua lagi penawaran baharu iaitu M 1000 RR dan S 1000 R.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-70

M 1000 RR

Secara asasnya, jentera ini adalah S 1000 RR yang telah diberikan suntikan prestasi enjin dan komponen aerodinamik. Ini termasuk sepasang winglet M yang menjana ‘downforce’ pada gandar hadapan, sekaligus memberikan pecutan yang lebih awal dan lebih kestabilan di selekoh.

Ia dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris yang mempunyai teknologi penyejukan air dan BMW ShiftCam. Kuasa yang dihasilkan mencecah 212 hp pada 14,500 rpm dan 113 Nm pada 11,000 rpm, mewakili peningkatan sebanyak 5 hp berbanding S 1000 RR.

Antara modifikasi yang telah dilakukan pada enjin berkenaan termasuklah penggunaan piston tempaan daripada Mahle, mampatan yang lebih tinggi iaitu 13.5, rod penghubung titanium daripada Pankl, lengan ‘rocker’ yang lebih ringan dan aci sesendol yang dioptimumkan. Ia juga dihubungkan dengan sistem ekzos ringan yang diperbuat daripada titanium.

Selain itu, M 1000 RR juga mendapat fork terbalik dan gegelung tengah yang ditala semula dengan kinematic Full Floater Pro. Sistem elektroniknya pula merangkumi mod Rain, Road, Dynamic, Race dan Race Pro 1-3, Dynamic Traction Control dan fungsi ‘wheelie’ DTC dengan kotak sensor enam paksi.

Turut disertakan adalah Shift Assistant Pro, klac ‘anti-hopping’ bagi Launch Control, Pit-Lane Limiter, dan Hill
Start Control Pro. Semuanya boleh diakses menerusi skrin TFT 6.5 inci, yang turut mempunyai antaramuka OBD yang boleh digunakan dengan kod pengaktifan bagi pengelog data M GPS dan ‘laptrigger’ M GPS.

Kelengkapan standard lain yang disertakan adalah sistem brek M, roda karbon M, bateri M yang serba ringan, soket pengecasan USB di belakang, serta sistem penggera antikecurian.

Boleh didapati Light White, Racing Blue Metallic dan Racing Red (BMW Motorrad Motorsport bagi M Package), M 1000 RR dijual pada RM249,500.

S 1000 R

Model ‘naked’ ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Style Sport dan BMW M Package. Pilihan warna adalah Hockenheim Silver Metallic bagi varian Style Sport, dan kombinasi warna Light White, Racing Blue Metallic dan Racing Red (BMW Motorrad Motorsport bagi M Package) untuk varian BMW M Package.

Dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris berkapasiti 999 cc, S 1000 R mempunyai 207 hp pada 13,500 rpm dan 113 Nm pada 11,000 rpm – sama dengan S 1000 RR. Kedua-dua varian dilengkapi dengan empat mod tunggangan iaitu Rain, Road, Dynamic dan Race, serta Riding Mode Pro. Mod-mod ini ditugaskan untuk mengawal fungsi Dynamic Traction Control dan ABS Pro.

Sementara itu, Integral ABS membekalkan tahap keselamatan yang lebih tinggi, digandingkan dengan Dynamic Engine Brake Control. Dynamic Damping Control turut disertakan, begitu juga dengan Cruise Control dan HP Shift Assistant Pro.

Varian BMW M Package didatangkan dengan rantai BMW M Endurance Chain yang bebas penyelenggaraan kerana ia memiliki pelincir kekal dalam gegelung X yang diselitkan di antara penggulung dan pin, sekaligus meminimumkan impak alam sekitar. Ia dikatakan setara dengan motosikal yang digerakkan dengan teknologi aci (shaft).

Selain itu, S 1000 R turut didatangkan dengan fungsi tunggangan tanpa kunci, soket pengecasan USB, Pakej Penumpang (Passenger Package), fungsi pemanas pada grip dan spoiler motosikal. Varian BMW M Package mendapat aksesori eksklusif seperti tempat duduk M Sport, bateri M, peredam bunyi sport, dan M GPS Laptrigger.

Varian Style Sport ditawarkan pada harga RM104,500 manakala varian M Package pula berharga RM119,500.

Previous post

Jualan Alatan Ganti Lebihan SpareXHub Bermula Minggu Depan

Next post

BMW R nineT Versi Baharu Terjah Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *