Motosikal / Skuter / Roda

BMW R 1250 GS (2021) Kini Di Pasaran Malaysia

BMW Motorrad Malaysia hari ini melancarkan bukan satu atau dua, tetapi tiga model baharu iaitu BMW R 1250 GS, G 310 GS dan C 400. Bagi R 1250 GS, ia boleh didapati dalam varian asas dan Adventure.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-51

Model-model ini tampil dengan ikon cahaya berbentuk X pada lampu hadapan yang dapat dilihat apabila lampu sisi dihidupkan. Ia dipadankan dengan lampu waktu siang, lampu kembara, sistem ekzos krom, roda ruji bersilang, berserta dengan lampu indikator belakang dengan ciri multifungsi.

Eksklusif untuk varian Adventure adalah lampu tambahan di hadapan serta pendakap kompartmen muatan untuk bekas panier aluminium serta ‘top box’.

Selain itu, terdapat juga lampu hadapan adaptif baharu dengan fungsi berpangsi, ia membolehkan lampu rendah yang dipancarkan melalui lampu hadapan LED disesuaikan mengikut selok-belok jalan raya ketika menunggang dalam posisi menyendeng.

R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder bersesaran 1,254 cc yang menghasilkan 136 hp pada 7,750 rpm dan 143 Nm pada 6,250 rpm. Transmisi dan pengganding (coupling) kini diintegrasikan pada komponen perumah enjin, sekaligus menghasilkan reka bentuk yang menjimatkan ruang dan ringan.

Selain mekanisma ‘anti-hopping’ di dalam klac, BMW Gear Shift Assistant Pro juga turut disediakan secara standard, begitu juga dengan Kawalan Cengkaman Dinamik. Menerusi mod tunggangan Pro baharu, jentera ini kini mempunyai mod Dynamic, Dynamic Pro, Enduro serta Enduro Pro, lengkap dengan kawalan brek enjin dinamik. Turut disertakan adalah kawalan luncur elektronik dan mod Eco.

Kehadiran BMW Motorrad Dynamic ESA (Electronic Suspension Adjustment) membolehkan fungsi redaman motosikal ini disesuaikan secara automatik dengan kondisi jalan raya, manakala BMW Integral ABS Pro pula memastikan tahap kestabilan dan keselamatan yang lebih tinggi.

Kelengkapan lain yang turut disertakan adalah skrin TFT 6.5 inci dengan fungsi pemain media dan navigasi, aplikasi BMW Motorrad Connected, soket 12V, soket 5V USB-A dan fungsi Tunggangan Tanpa Kunci (Keyless Ride).

Bagi meraikan ulang tahun GS yang ke-40, BMW Motorrad Malaysia menawarkan edisi ’40 Years GS’ yang membawakan kombinasi warna Blackstorm Metallic dan Yellow. Selain itu, tawaran warna standard bagi kedua-dua model ini adalah Triple Black Style dan Rallye Style.

Berikut adalah senarai harga jualan (atas jalan, tanpa insurans dan dengan waranti tiga tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 tahun oleh BMW Motorrad Malaysia):

  • BMW R 1250GS Style Rallye – RM 119,500
  • BMW R 1250GS Style Triple Black – RM 120,500
  • BMW R 1250GS ’40Years GS’ Edition – RM 122,500
  • BMW R 1250GS Adventure (Lowering) – RM 130,500
  • BMW R 1250GS Adventure Style Rallye – RM 132,500
  • BMW R 1250GS Adventure Style Triple – RM 133,500
  • BMW R 1250GS Adventure ‘40Years GS’ Edition – RM 135,500
Previous post

UMW Toyota Motor Sambung Semula Operasi Jualan Dan Kilang Pemasangan

Next post

Kia Sorento Plug-in Hybrid 2022 Masuk Pasaran AS

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *