Bisnes

Continental Melabur Dengan Syarikat Tempat Letak Kereta Automatik Kopernikus

Parking valet automatik mungkin akan datang ke lapangan terbang dan hotel melalui Continental tidak lama lagi.

Kita semua tahu Continental adalah jenama tayar. Walau bagaimanapun, syarikat Jerman ini sebenarnya banyak melabur di dalam dan di luar industri automotif. Dari Advanced Driving Assist Systems hingga kelengkapan dalaman, Continental secara keseluruhan lebih merupakan syarikat teknologi automotif daripada sekadar syarikat tayar. Pelaburan terbaru mereka adalah dalam start-up kecil Jerman yang bernama Kopernikus Automotive.

Ini bukan kali pertama kami dengar tentang Kopernikus Automotive. Mereka pernah bekerjasama dengan Porsche sebelum ini untuk membuat setting pemanduan autonomi dalam bengkel mereka.

Kopernikus Automotive mementingkan sistem pemanduan autonomi. Walau bagaimanapun, Continental berminat dengan satu jenis sistem pemanduan autonomi yang sangat spesifik yang amat sesuai untuk lapangan terbang dan hotel.

Tempat letak kereta valet automatik

Kita semua sudah kenal dengan teknologi kereta panduan sendiri yang sedang dimajukan dengan perlahan. Breakthrough pengeluaran terbaru adalah dengan Honda Legend dan kemampuan Self-Driving Tahap 3nya.

Tetapi bagaimana jika anda ingin mengunakan teknologi kereta panduan sendiri itu dalam kenderaan yang kurang canggih? Memandangkan ia memerlukan lebih dari satu dekad untuk teknologi lain untuk menurun kepada kereta baharu mampu milik, jadi sudah tentu teknologi kereta panduan sendiri untuk semua tidak akan menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat.

Di sinilah Automated Valet System oleh Kopernikus Automotive boleh dipakai. Sistem ini digunakan dalam premis fizikal, katakanlah, lapangan terbang. Ia terdiri daripada banyak sensor, kamera, dan perkakasan dan perisian lain. Sebuah kereta yang diubahsuai dengan Central Motion Control akan dapat memandu sendiri ke tempat letak kereta setelah pemandu menyerahkan kawalan kepada sistem itu melalui aplikasi berkenaan.

Kereta mana yang boleh berfungsi dengan Automated Valet System ini?

Kopernikus boleh modify “Central Motion Control” mereka kedalam hampir semua kenderaan yang mempunyai komponen ini:

  • transmisi automatik
  • an electric parking brake
  • bantuan stereng elektrik
  • unit komunikasi pintar

Hampir semua kereta moden sudah dilengkapi dengan komponen tersebut dan serasi.

Contoh penggunaannya

Jelas sekali, tidak munasabah jika menyangka bahawa pemilik kenderaan akan mengeluarkan wang untuk senario yang khusus ini. Walau bagaimanapun, perkara seperti ini dapat berfungsi dengan baik untuk perkhidmatan perkongsian kereta seperti GoCar dan SoCar. Malah syarikat penyewaan kereta atau syarikat kereta sendiri dapat mengubahsuai kenderaan untuk memiliki kemampuan ini, kerana itu akan menjadikan pemulangan kereta lebih mudah dan lebih canggih bagi pengguna.

Previous post

SOCAR Dan Teman Malaysia Berkerjasama Membantu Warga Tua Mendapatkan Vaksin

Next post

Range Rover Velar P250 R-Dynamic Versi 2021 Kini Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *