Kemalangan / Rosak / Curi / Recall

Jalanraya Hancur Dipukul Arus Kepala Air Hujan Lebat Kedah

Anda pasti sudah mengetahui tentang banjir yang melanda Kedah dan sebahagian Perak pada hari Rabu. Kebanyakkan saluran media melaporkan sekurang-kurangnya 3 orang disahkan hilang dan 3 lagi maut akibatnya. Takziah kami kepada keluarga yang terkorban.

Lihatlah kemusnahan akibat banjir kepada jalan-jalan di Kedah ini. Kami tertanya-tanya adakah kerosakan ini disebabkan oleh perancangan yang kurang baik atau ianya hanya kerana hujan luar biasa pada hari itu. Sudah tentu, kami tidak akan mendapat jawapan yang memuaskan dari pihak berkuasa.

Foto yang dikongsi dengan kami ini menunjukkan bagaimana infrastruktur Kedah menangani jumlah air banjir yang masuk dari bukit dan pergunungan. Bukan hanya permukaan jalan tetapi pagar juga tutut retak dan pecah.

Anda dapat lihat di sini bahawa kenderaan off-road turut menjadi mangsa, dengan jalan dan tanah runtuh menyeret malah trak pikap dan menyebabkan kerosakan teruk. Sebilangan pemilik kereta mungkin terfikir mengambil risiko dengan meredahi beberapa jalan yang di banjir. Jelas, pemandu ini terasa kecewa kerana terdapat halangan di jalan raya.

Banjir menyebabkan permukaan jalan menggelembung dan retak. Tetapi bukan itu saja, kita juga melihat tanah runtuh, serta pokok dan batu jatuh ke atas kereta. Proton Gen 2 ungu ini mengalaminya dengan teruk sekali.

Nampak gayanya tingkap kereta pecah dan ditembusi semuanya kesan impak batang pokok dan dahan ini di atas bumbung kereta. Kami berharap pemilik dan penghuni kereta ini sempat keluar dan selamat.

Patutkah Anda Meredah Jalan Tenggelam Air Banjir?

Bagi kebanyakan daripada kita, jawapannya mudah: of course tidak.

Tetapi ramai yang berdegil dan sanggup mengambil risiko.

Pada bulan Mei yang lalu, kami melihat seorang pemilik Proton X50 meredah jalan yang tenggelam dengan air banjir hanya untuk keretanya tersangkut setengah jalan.

Memandu meredah air banjir sangat berbahaya walaupun paras airnya rendah. Ini kerana anda tidak dapat melihat dan menilai permukaan jalan di bawahnya. Mungkin ada lubang besar, retakan baru di permukaan jalan, serpihan berbahaya atau apa saja yang lebih teruk lagi.

Even if you have all-wheel drive, it’s not worth the risk. If the flood water has a strong current, it’s very likely that your vehicle will be pulled away.

Apa itu Kepala Air?

Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

Previous post

BMW C 400 X, GT Versi 2021 Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Kebanyakan Bilik Pameran Nissan Di Malaysia Akan Dibuka Pada Isnin KECUALI…

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *