Berita Auto

Jualan Toyota Corolla Cecah Angka 50 Juta Unit Di Seluruh Dunia

Apakah model pertama yang terlintas di fikiran jika bercakap tentang Toyota? Mungkin ramai di antara anda yang akan menjawab Supra atau AE86, namun tahukah anda bahawa Corolla juga model yang bertanggungjawab menaikkan nama pengeluar Jepun itu?

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-45

Malah, Toyota telah pun menjual lebih 50 juta unit Corolla sejak ia diperkenalkan lebih 50 tahun yang lalu, sekaligus menjadikan ia model kereta terlaris di dunia. Daripada jumlah tersebut, 300,000 unit dijual di pasaran Malaysia.

Pada tahun 1965, ketika kerajaan mempelawa pengeluar kenderaan untuk memasang produk mereka di Malaysia, Toyota menjadi antara yang terawal untuk menyahut seruan itu. Hasil perbincangan dengan Champion Motors, sebuah kilang telah dibina di Shah Alam bagi pemasangan Corolla.

Dimiliki oleh Inchcape Group ketika itu, kilang Champion Motor – yang kemudian ditukar namanya kepada Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) – turut memasang beberapa kenderaan jenama lain sebagai kontraktor.

Dalam tahun-tahun awalnya, ASSB mempunyai kadar pengeluaran tertinggi di negara ini. Sambutan positif terhadap Corolla ketika diperkenalkan pada 1968 serta penambahan model-model lain meletakkan Toyota sebagai jenama No. 1 di Malaysia menjelang 1970an.

Toyota Corolla

Hampir semua generasi Corolla telah dipasang di Malaysia, sementara sejak 2008 pula, model berkenaan diimport sebagai CBU dari Thailand. Penawaran varian berbeza seperti sedan, station wagon dan liftback telah memberikan pilihan yang pelbagai kepada pelanggan.

Walaupun awalnya ia sebuah model peringkat kemasukan, Corolla dijangka untuk memberikan kualiti lebih tinggi dengan rasa yang lebih premium, teknologi lebih maju, dan sudah tentu nilai terbaik untuk wang. Ini menyaksikan pengenalan generasi kesembilan dengan konsep ‘New Century Value’ dengan ‘Altis’ ditambah pada namanya.

Antara 2010 dan 2020, Corolla menyumbang sebanyak 6% daripada jualan keseluruhan kenderaan Toyota di negara ini. Model generasi ke-11 — yang dijual antara tahun 2006 hingga 2013 — menjadi generasinya yang paling laris di Malaysia setakat ini dengan jualan mencecah 40,000 unit.

“Kejayaan model tersebut adalah disebabkan ia menjadi standard baru bagi kecemerlangan automotif dalam kelasnya, menawarkan kepada pelanggan sebuah sedan yang dinamik dan maju dengan penggayaan mewah. Ia turut lengkap dengan tahap keselamatan lebih tinggi serta mesra alam,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindaran K.

Setiap generasi Corolla telah membawa bersamanya teknologi baru untuk beberapa aspek, peningkatan prestasi, kecekapan penggunaan bahan api, keselamatan dan keselesaan. Selain platform TNGA (Toyota New Global Architecture), Corolla generasi baharu juga hadir dengan ciri keselamatan lebih canggih serta teknologi keterhubungan yang lebih baik.

Can-U-Afford-A-Crossover-Toyota-Corolla-Cross-Media-Drive-Malaysia-Launch-1.8G-and-1.8V-6.2

Dalam tempoh 55 tahun Corolla berada dalam pasaran, populariti berterusannya telah membuktikan bahawa asas falsafah di belakang model ini ada kebenarannya. Bagaimanapun, rekaan asalnya telah berevolusi dari satu generasi ke generasi yang lain untuk memenuhi perubahan citarasa dan gaya hidup pelanggan. Contoh terdekat adalah Corolla Cross, dilancarkan sebagai maklum balas kepada peningkatan populariti SUV.

“Corolla merupakan sebuah model global berkualiti tinggi yang melangkaui kelasnya, seperti selalu. Dalam tempoh lebih 50 tahun dan 12 generasinya, ia telah membawakan keseronokan kepada jutaan pemiliknya di seluruh Malaysia,” ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Previous post

JPJ TAWAR PENGURANGAN PEMBAYARAN SAMAN 70%

Next post

Nissan Z Hadir Dengan Enjin V6 Twin-Turbo, Transmisi Manual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *