Pocket Roket Malaysia Menang Pingat Perak Olimpik Dalam Upacara Akhir Berbasikal Keirin Lelaki Di Izu Velodrome di Shizuoka
Ramai berasa emas itu Datuk Mohd Azizulhasni Awang punya kalaulah pelumba Australia Matthew Glaetzer tidak menahan pelumba-pelumba lain dari mengikuti pelumba di hadapan dari Great Britan Jason Kenny yang memecut sebaik sahaja basikal pacer keluar dari gelanggang pada hujung pusingan ketiga.
Memecut terus sebaik sahaja pacer keluar gelanggang adalah sesuatu teknik yang tidak biasa dilakukan dan mengejutkan. Lagi mengejutkan ialah pelumba dibelakangnya membiarkan dia meninggalkan jauh pelumba-pelumba lain.
Ia tidak biasa dilakukan kerana biasanya pelumba dibelakang leader akan mengayuh didalam slipstream pelumba di hadapan dan tidak mengayuh sekuat pelumba dihadapan untuk menyimpan tenaga untuk melonjat. Bila sampai di garis penamat, pelumba dibelakang akan keluar slipstream dan mengayuh habis-habisan dan wheelie kehadapan memotong dan menang.
Tetapi hari ini pelumba kedua tidak mengikutinya dan menahan pelumba lain dari mengikuti pelumba pertama. Akhirnya Great Britan Jason Kenny menang tanpa cabaran dan berjaya memecah record keseorangan jauh di hadapan.
Dutchman Harrie Lavreysen berjaya melintasi pelumba lain dengan Datuk Mohd Azizulhasni Awang mengekorinya dan terus mengayuh di dalam slipstream Lavreysen dan keluar melonjat memotongnya di garis penamat untuk mengondol tempat kedua, pingat perak dan Lavreysen tempat ketiga dengan pingat gangsa.
Ini adalah acara Olimpik keempat berturut-turut Datuk Azizulhasni yang berusia 33 tahun sejak Olimpik edisi Beijing 2008.
Datuk Azizulhasni tidak berjaya melayakkan diri ke final Keirin di Beijing, menduduki tempat keenam di Olimpik London 2012 sebelum memenangi pingat Olimpik pertamanya – gangsa – pada Olimpik Rio 2016.
Adakah Datuk Azizulhasni akan mencuba lagi di Paris 2024 Olimpik?
Menurut Datuk Azizulhasni, “Plan asalnya macam tu but saya tak tau. Dependslah. Saya just need sometime untuk break. Saya nak relax dulu. It’s a big pressure you know. Coming here memang not easy. Saya just nak take a little break to be with the family. Nak relaxkan mental dan fizikal. We’ll see after thatlah insyaallah.”
Dia adalah antara beberapa atlet harapan Malaysia untuk memenangi emas di Tokyo.
Walau apa pun, Datuk Azizulhasni amat teruja sekali bila mendapat berita selepas upacara pingat tadi bahawa isterinya Datin Athiah Ilyana Azizul Abd Samat sudah mengandung anak ketiga mereka.
Jason Kenny
Jason Kenny menjadi Olimpian paling dihiasi di Britain setelah memenangi emas ini.
Kenny, yang mengakui bahawa dia “bergelut” ketika acara sprint lelaki awal minggu ini, meraih pingat emas ini menjadikan jumlah pingatnya kepada tujuh, lebih satu daripada rakan pakar keirin Chris Hoy. Kenny kini memperoleh jumlah keselurahan pingat kepada sembilan, membawanya melepasi Sir Bradley Wiggins yang ada lapan.
Kenny melayakkan diri ke final keirin setelah mengekori roda belakang rakan sepasukan Britain, Jack Carlin di separuh akhir, hasil cabutan itu memberi peluang kepada rakan senegaranya untuk berkolaborasi pada peringkat awal perlumbaan.
Jangkaan bahawa final akan menjadi perlumbaan pecutan konvensional untuk penyudah lenyap apabila Kenny meninggalkan kumpulan mengejar dengan pecutan pantas dari separuh perlumbaan enam pusingan bermula.
No Comment