Mercedes-Benz E-Class Coupe Facelift Masuk Pasaran Malaysia
Mercedes-Benz E-Class Coupe versi facelift telah dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia, dua minggu selepas ketibaan E-Class facelift.
Bagaimanapun, tidak seperti model sedan empat pintu yang boleh didapati dalam dua varian itu, model Coupe ini ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu E 300 AMG Line pada harga RM495,971.47 (atas jalan tanpa insurans) selepas pengecualian cukai jualan.
Sekilas pandang, model ini dilihat mempunyai spesifikasi yang sama dengan E 300 AMG Line versi sedan. Ini termasuklah:
Luaran
- Pakej AMG Line
- Lampu Multibeam LED
- Adaptive Highbeam Assist Plus
- Rim aloi ringan AMG 19 inci
Dalaman
- Pakej AMG Line
- Bumbung suria panoramik
- Trim kayu ‘black ash’
- Kulit Artico
- Pelapik bumbung fabrik hitam
- Stereng sport multifungsi dengan balutan kulit nappa
- Pencahayaan ambien 64 warna
- Kawalan iklim automatik Thermotronic
- Paparan 12.3 inci berkembar
- Sistem multimedia MBUX generasi terkini
- Sistem audio Burmester
Pakej Keselamatan dan Bantuan
- Active Distance Assist DISTRONIC
- Active Steering Assist
- Active Brake Assist
- Evasive Steering Assist
- Active Lane Keeping Assist
- Active Blind Spot Assist
- PRE-SAFE Plus
- Kamera 360 darjah
Prestasi
- Enjin turbo 2.0-liter empat silinder
- 258 hp @ 5,500 – 6,100 rpm
- 370 Nm @ 1,800 – 4,000 rpm
- Transmisi 9G-Tronic
- Pecutan 0-100 km/j dalam 6.4 saat
- Kelajuan maksimum 250 km/j
- Suspensi Agility Control
- Dynamic Control
Dengan pelan pembiayaan Step Up Agility, E 300 AMG Line Coupe boleh menjadi milik anda dengan ansuran bulanan dari RM4,288. Anda boleh membuat tempahan di sini.
No Comment