Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Mitsubishi Outlander PHEV Baharu Dapat Kuasa Lebih Tinggi, 7 Tempat Duduk

Awal tahun ini, Mitsubishi memperkenalkan Outlander serba baharu yang dibina di atas platform yang sama dengan Nissan X-Trail, dengan enjin petrol 2.5-liter empat silinder. Kini, syarikat itu mengumumkan bahawa SUV itu akan mendapat versi hibrid plug-in (PHEV). Ia akan dilancarkan di Jepun pada separuh kedua tahun ini, diikuti dengan Amerika Syarikat pada tahun hadapan.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-1

Outlander PHEV yang pertama dilancarkan ke pasaran pada Januari 2013 dengan enjin petrol 2.0-liter empat silinder yang digandingkan dengan sistem motor berkembar 4WD (Twin Motor 4WD System) dan bateri berkapasiti 12 kWh. Ia mempunyai tiga mod pemanduan iaitu EV Drive, Series Hybrid dan Parallel Hybrid, serta sistem brek janaan semula.

Maklumat terperinci mengenai model baharu ini masih belum didedahkan namun ia dikatakan mempunyai output kuasa dan kapasiti bateri yang lebih tinggi berbanding model sebelum ini, sekaligus memberikannya jarak pemanduan yang lebih jauh.

Bukan itu sahaja, Outlander PHEV baharu juga akan hadir dengan konfigurasi tujuh tempat duduk dengan barisan tempat duduk ketiga. Ini akan memberikannya kelebihan ke atas pesaing terdekatnya iaitu Toyota RAV4 Prime. Sebelum ini, ia hanya mempunyai lima tempat duduk.

Sejak pelancarannya lapan tahun lalu, Outlander PHEV telah dipasarkan di lebih 60 negara di seluruh dunia. Malaysia tidak termasuk dalam senarai negara di mana model dijual, namun adakah kali ini Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan mempertimbangkan untuk membawanya masuk memandangkan model ini sudah mula dipasang di Thailand sejak lewat tahun lalu?

Previous post

Kenderaan Elektrik Diperlukan Untuk Van Penghantaran Dan Ride-Hailing

Next post

Tan Chong Lancar Program Vaksinasi COVID-19

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *