Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Pengangkut LPG Scania New Truck Generation Pertama Di Pantai Timur

Almuin Trading Sdn Bhd (Almuin) menjadi pengangkut Gas Petroleum Cecair (LPG) Scania New Truck Generation (NTG) yang pertama di Pantai Timur Malaysia untuk menandatangani perjanjian Scania Ecolution ke arah usaha syarikat dalam mengurangkan jejak karbon dan kesannya kepada alam sekitar.

Amirol-with-drivers
Amirol-with-drivers

“Setelah mendapat penghantaran Scania NTG yang telah memenangi anugerah, saya mengambil keputusan untuk menjadi syarikat yang baik dengan menandatangani Scania Ecolution, didorong oleh kontrak Repair & Maintenance yang ditandatangani pada suku pertama 2021,” kata Amirol Ariff Azlam, Pengarah Almuin.

Scania Ecolution adalah perkongsian khusus antara Scania dan pelanggannya yang menumpu pada pengurangan jejak karbon pelanggan. Ini dicapai melalui penggunaan bahan api lebih rendah yang membawa kepada pengurangan dalam pelepasan Karbon Dioksida (CO2) ke atmosfera. Perkongsian ini juga memberi tumpuan kepada pengurangan dalam kos operasi, justeru membawa kepada keuntungan lebih baik di samping memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi inisiatif mesra alam.

“Perniagaan teras kami adalah pengedaran LPG di Kelantan. Kami mendapat bekalan LPG dari Kerteh, Terengganu, dan melakukan perjalanan ulang alik 600 kilometer setiap hari. Dengan Scania NTG, kami melihat penjimatan yang baik dalam penggunaan bahan api. Secara purata, Scania NTG berupaya melakukan perjalanan antara 18,000km hingga 20,000km sebulan, dan Almuin melabur dalam Scania NTG berdasarkan pengesyoran daripada rakan- rakan dalam perniagaan. Keputusan untuk memilih jenama Scania adalah dengan ciri rekaan Scania NTG seperti ‘powertrain’ yang canggih serta penyelesaian aerodinamik, kami dengan mudahnya melihat penjimatan harian sebanyak 3% atau lebih,” kata Amirol

Amirol-inspecting-the-truck-control-panels
Amirol-inspecting-the-truck-control-panels

Almuin melabur dalam Scania NTG berdasarkan pengesyoran daripada rakan- rakan dalam perniagaan. Keputusan untuk memilih jenama Scania adalah berdasarkan kejayaannya, terutama dari segi perbelanjaan operasi oleh pengendali trak Scania. Amirol cukup yakin untuk mengikuti keputusan yang telah dicuba dan diuji oleh orang lain tanpa mengalaminya sendiri. “Paling penting, Scania mempunyai pusat Penjualan dan Perkhidmatan di Kota Bharu, menjadikannya mudah untuk menyelenggarakan trak Scania kami di samping mencapai uptime yang maksimum untuk semua penggerak utama Scania kami,” tambah Amirol.

Amirol-with-Scania-sales-personnel
Amirol-with-Scania-sales-personnel

Beberapa ciri utama yang memanfaatkan Almuin termasuk reka bentuk dan bahagian depan Scania NTG yang baharu serta casis untuk dinamik yang lebih baik; penyelenggaraan berdasarkan pengendalian bagi meningkatkan uptime dan keuntungan; panel kawalan pemandu ergonomik dan tempat duduk pemandu yang boleh diselaraskan dengan lebih baik berhampiran pintu untuk keselesaan. Dari segi keselamatan Sistem Brek Elektronik (EBS) dan Pembatas Kelajuan (Speed limiter) menjadikan Scania NTG antara trak penggerak utama yang paling selamat di dunia. Selain itu, kaca depan besar yang memberikan pandangan lebih luas menyediakan keselamatan dan keselesaan tambahan bagi pemandu.

“Pada masa ini, kami berusaha untuk mendapat langganan latihan dan bimbingan pemandu supaya prestasi pemandu dari segi mengurangkan masa terbiar, pembrekan keras dan memandu melebihi had laju sambil meningkat luncuran, boleh membawa kepada pengurangan dalam penggunaan bahan api,” kata Amirol.

Beauty-ecolution-shot
Beauty-ecolution-shot

“Almuin merupakan pelanggan setia Scania yang yakin dengan cara kerja Scania dan juga serius dalam mendekati pengurangan karbon melalui penyelesaian yang menyeluruh. Berurusan dengan Scania adalah seperti berada di sebuah pusat sehenti, daripada mendaftar untuk Repair & Maintenance hingga memperoleh Perkhidmatan Kewangan. Sememangnya, Scania benar-benar membuktikan ini,” kata Phang Yee Fong, Pengurus Serantau – Timur, Scania Southeast Asia.

Almuin, singkatan untuk Ayer Lanas Multi Industry (sebelum ini dikenali sebagai Perniagaan Haji Mustafa dan Anak-Anak), ditubuhkan pada tahun 1992 untuk perdagangan dan pengangkutan produk perkakasan. Ia juga merupakan pengedar eksklusif Petronas LPG untuk kawasan Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang, Kelantan. “Kami berharap untuk mengembangkan perniagaan dengan mendapat lebih banyak pelanggan kargo sambil berusaha memperluas jangkauan pengedaran LPG ke kawasan di mana Petronas LPG tidak diedarkan. Kami juga merancang untuk berbuat demikian dengan kaedah yang mesra alam dan mampan melalui Scania Ecolution,” kata Amirol.

Loading-the-LPGs-onto-the-NTG
Loading-the-LPGs-onto-the-NTG
Previous post

Jejak Makan ROSS Eat Beat 57 Nasi Kandar Saddam

Next post

JPJ TAWAR PENGURANGAN PEMBAYARAN SAMAN 70%

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *