Berita Auto

Pengumuman Mengenai Peraturan Bilik Pameran, Cukai Jalan Dan JPJ Akan Dibuat Hari Ini

Pihak kerajaan akan membuat beberapa pengumuman penting mengenai industri automotif Malaysia. Antara perkara yang dijangka akan disentuh adalah peraturan baharu untuk pembukaan bilik pameran kereta dan juga pembukaan cawangan JPJ.

Perincian mengenai perkara ini masih samar ketika artikel ini ditulis, namun kami diberitahu bahawa satu pengumuman rasmi bakal dilakukan hari ini oleh Perdana Menteri atau salah seorang Menteri Kanan.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-32

Pengumuman Peraturan Bilik Pameran Kereta

Pengedar kenderaan di negara ini adalah antara perniagaan yang paling teruk terjejas semasa penutupan penuh atau ‘total lockdown’ tahun ini. Banyak jenama kenderaan yang melaporkan prestasi jualan yang rendah dan pendapatan kakitangan mereka juga terjejas, terutamanya jurujual memandangkan mereka banyak bergantung kepada komisen.

Honda Malaysia, sebagai contoh, hanya dapat menjual 5,700 unit kenderaan antara Mei dan Julai tahun ini. Tahun lalu, syarikat itu menjual lebih 12,000 unit kenderaan dalam tempoh yang sama.

Berikutan perbincangan antara agensi dan kementerian yang berkaitan, kerajaan memutuskan untuk membenarkan bilik pameran beroperasi semula. Bagaimanapun, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Pertama sekali, setiap kakitangan bilik pameran perlu mengemukakan bukti yang mereka telah divaksinasi sepenuhnya.

Cars display in showroom

Bukan itu sahaja, pelanggan yang mengunjungi bilik pameran juga perlu mengemukakan yang mereka telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Ini akan menjadi sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) baharu dan kerajaan dijangka akan mengeluarkan garisan panduan baharu mengenai pelaksanaannya. Besar kemungkinan kakitangan dan pelanggan perlu membawa kad vaksinasi atau menunjukkan aplikasi MySejahtera mereka untuk masuk ke bilik pameran.

Selain itu, Kementerian Pengangkutan juga dilaporkan sedang berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai pelaksanaan peraturan ini di seluruh negara, tanpa mengira fasa berapa negeri itu berada.

Pengumuman Pelanjutan Tempoh Memperbaharui Cukai Jalan dan Pembukaan Cawangan JPJ

Pihak JPJ juga dijangka akan membuat pengumuman mengenai pelanjutan tempoh pembaharuan cukai jalan hari ini. Ini bagi memudahkan urusan orang ramai serta mengurangkan bilangan pengunjung ke pejabat Pos Malaysia dan cawangan JPJ.

road tax LKM

Ada juga ura-ura yang mengatakan bahawa cawangan JPJ akan dibuka setiap hari sehingga akhir September ini bagi membolehkan jabatan itu menguruskan pendaftaran kereta baharu dan perkara-perkara lain yang tertunggak sejak penutupan.

Previous post

Bagaimana Mitsubishi Motors Malaysia Membantu Membanteras COVID-19

Next post

Mercedes-Benz E-Class Coupe Facelift Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *