Ssangyong Mempunyai 9 Pihak Yang Berminat Dengan Jenama Bergelut Ini
Mengapa banyak syarikat berminat untuk membeli Ssangyong?
Ingat Ssangyong? Pengilang kenderaan yang pernah berjaya yang terkenal dengan MPV SUV mereka dan juga trak pikap. Walaupun ianya tidak cantik ada ramai yang meminatinya.
Setelah melihat kejayaan di Amerika Selatan, Australia, New Zealand dan juga Malaysia, Ssangyong mula mengalami penurunan yang perlahan sepanjang dekad yang lalu dan peniaga Malaysia gulung tikar bertahun yang lalu kerana tidak ada model baharu yang masuk dan alat ganti untuk model yang ada semakin jarang.
Hari ini, terdapat beratus-ratus kenderaan terdampar di luar bengkel dan kediaman pemilik yang telah berhenti berusaha untuk memastikan Ssangyong mereka tetap berjalan.
Semasa Ssangyong dijual kerana muflis pada awal bulan Julai tahun ini, semua nampaknya pasti bahawa ini hanyalah sebahagian daripada proses sebelum pembuat kereta Korea Selatan itu menjadi sebahagian sejarah.
Ini nampak gayanya tidak menjadi, kerana sekarang terdapat 9 calon peniaga yang mahu mengambil alih syarikat yang kekurangan wang ini.
Berita yang nampaknya turut mengejutkan Ssangyong sendiri, berita sensasi dalam perkembangan terbaru ini adalah penyertaan dua konglomerat Korea Selatan yang besar ke dalam perang pertarungan untuk pembuat kereta ini. Yang pertama adalah Kumpulan SM, dan yang lagi satu adalah Edison Motors.
Mengapa? SM Group dilaporkan sedang melakukan pembelian pembuat kereta ini dengan tujuan untuk masuk ke pasaran EV.
Mereka adalah pengeluar alat ganti automotif melalui anak syarikat Namsun Aluminium, mereka kini dipuji sebagai pelopor utama dalam perang penawaran kerana kedudukannya untuk membiayai pemerolehan syarikat itu tanpa memerlukan sokongan kewangan dari luar.
Jangan dikelirukan dengan entiti yang sama sekali tidak berkaitan SM Entertainment, konglomerat ke-38 terbesar di Korea Selatan sebenarnya sudah mengemukakan tawaran untuk Ssangyong dari awal oleh konglomerat China SAIC semasa krisis kewangan 2008.
Walau bagaimanapun, mereka kalah kepada Mahindra & Mahindra pada masa itu, yang kebetulan sekarang adalah yang sangat ingin melepaskan pembuat auto ini.
Sementara itu, beralih kepada Edison Motors, tujuan pengeluar bas Korea Selatan ini untuk memperoleh Ssangyong sangat sesuai dengan garis EV-centric yang sama dengan Kumpulan SM. Walau bagaimanapun, kaedah pemerolehannya agak berbeza, kerana pengeluar kenderaan komersil sebaliknya telah membentuk konsortium dengan dana ekuiti swasta dan pihak lain untuk membantu membiayai pembelian ini.
Kedua-dua syarikat Korea Selatan ini bukan berseorangan. Cardinal One Motors yang berpangkalan di AS juga dilaporkan masih berusaha untuk memperoleh pembuat kereta ini.
Sebuah syarikat yang berpusat di California HAAH Automotive Holdings yang kini muflis, mereka adalah salah satu syarikat yang pertama menyatakan minat untuk mengambil alih Ssangyong akhir tahun lalu. Ianya ditolak oleh pelbagai pihak pada awalnya, memandangkan syarikat itu gagal mengimport peralatan knock down untuk Chery ke Amerika Utara.
Tetapi Cardinal One masih bertahan dalam perang bidaan dengan janji kemasukan ke pasaran Amerika Utara untuk Ssangyong. Walau bagaimanapun, pendanaan untuk usaha pemerolehannya masih menjadi masalah bagi syarikat yang baru dilahirkan semula ini, yang kini berharap kepada Bank Pembangunan Korea untuk menambah wang tunai untuk pembelian ini.
Menyentuh sedikit tentang apa yang Ssangyong sendiri sedang buat untuk menjadikan diri mereka lebih menarik kepada pembeli, pembuat kereta yang kekurangan tunai baru-baru ini meletakkan kilang pengeluaran leluhurnya di Pyeongtaek untuk dijual untuk membiayai pembinaan kemudahan moden yang baharu di pinggir bandar.
Syarikat ini juga sedang merancang untuk melancarkan versi elektrik crossover Korando pada akhir tahun ini, dengan rancangan bercita-cita tinggi untuk SUV dan trak pikap yang kelihatan lasak untuk masa hadapan juga.
Getting back to the whole sale process on the other hand, the leading investors are set to submit bids for Ssangyong come September. The final confirmation for the sale however is apparently only to be announced in November.
Pelabur terpilih akan mengemukakan tawaran untuk Ssangyong pada bulan September. Walau bagaimanapun, pengesahan terakhir untuk penjualan nampaknya hanya akan diumumkan pada bulan November.
Text asal oleh Joshua Chin
No Comment