Motosikal / Skuter / Roda

Suzuki SV 650 Sertai Barisan Suzuki Malaysia

Seperti yang anda sudah tahu, jenama motosikal Suzuki telah kembali ke Malaysia di bawah pengurusan Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Ahmad Faez Tan Sri Yahya selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Dato’ Jeffery Lim sebagai Pengurus Besar dan Pengarah.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-68

Sebagai permulaan, syarikat itu menawarkan enam model berkapasiti tinggi iaitu GSX-R1000, GSX-R1000R, Katana, GSX-S 750, V-Strom 650XT dan SV 650. Dalam artikel ini, kami akan memfokuskan kepada SV 650.

Untuk model 2021, motosikal ‘naked’ pertengahan itu memakai warna Pearl Brilliant White dan Glass Sparkle Black, dengan padanan warna merah metalik pada rangka dan roda aluminium aloi. Penampilan segarnya dilengkapkan menerusi logo 3D Suzuki pada tangki minyak dan pendakap atas fork.

Rangka trellis kompaknya dikekalkan, begitu juga dengan enjin V berkembar 90 darjah berkapasiti 645 cc. Ia menjana 73 PS pada 8,500 rpm dan 64 Nm pada 6,800 rpm, yang disalurkan ke roda belakang oleh transmisi manual enam kelajuan dengan klac jenis basah.

Untuk casis pula, SV 650 dilengkapi dengan fork teleskopik 41 mm pada bahagian hadapan dan monoshock belakang dengan pelarasan pramuatan tujuh tahap. Ketinggian tempat duduknya adalah 785 mm, iaitu antara yang terendah dalam kelasnya, manakala beratnya adalah sekitar 198 kg.

Sistem brek pula merangkumi sepasang cakera 290 mm yang digandingkan dengan angkup empat piston Tokico di hadapan dan kombinasi cakera dan angkup piston tunggal di belakang. ABS disertakan secara standard pada kedua-dua bahagian. Kelengkapan lain yang turut disertakan adalah lampu LED dan kluster instrumen LCD.

SV 650 dijual pada harga RM37,289. Ia didatangkan dengan jaminan pengeluar untuk dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Pikap Flagship Terbaharu Thailand Toyota Hilux Revo GR Sport

Next post

Suzuki V-Strom 650XT Dilancarkan Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *