Berita Auto

Tan Chong Lancar Program Vaksinasi COVID-19

Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) baru-baru ini telah melancarkan Program Vaksinasi COVID-19 TC pertamanya untuk pekerja-pekerja di seluruh negara, selaras dengan usaha kerajaan dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-1

Dengan peningkatan jumlah dos vaksin COVID-19 harian di seluruh negara, Kumpulan Tan Chong memulakan penglibatan di bawah pelbagai program vaksinasi termasuk Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), iaitu program vaksinasi yang dilancarkan oleh MITI untuk pekerja-pekerja di sektor pembuatan.

Sehingga kini, 70 peratus daripada pekerja-pekerja Tan Chong di seluruh negara telah divaksin (sama ada dos 1 atau dos 2) dan juga mengesahkan slot janji temu. Oleh itu, Program Vaksinasi COVID-19 TC akan memastikan semua pekerja dan ahli keluarga mereka divaksin sepenuhnya sebagai langkah penting ke arah kekebalan kawanan (herd immunity) serta pemulihan ekonomi negara. Program ini akan dilancarkan mulai Ogos 2021 melalui klinik tempatan atau di premis Tan Chong.

“Dalam perjuangan bersama menangani pandemik COVID-19, kesihatan dan keselamatan rakan sekerja, pelanggan dan masyarakat setempat tetap menjadi keutamaan kami. Kumpulan Tan Chong berkomunikasi secara berkala mengenai kepentingan menjaga dan mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan bagi mencegah virus,” kata Daniel Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Chong Motor Holdings Bhd.

“Kami berharap program vaksinasi ini dapat mencapai pemberian vaksin sepenuhnya kepada kalangan tenaga kerja menjelang akhir September serta memberi perlindungan dengan harapan mereka dapat kembali bekerja dengan selamat. Kami bersedia untuk memulakan operasi perniagaan apabila dibenarkan,” tambah beliau.

Usaha berterusan ini adalah untuk menjayakan sasaran imunisasi baharu yang ditetapkan oleh kerajaan agar semua orang dewasa di Malaysia divaksinkan sepenuhnya menjelang Oktober 2021. Walaupun banyak cabaran yang dihadapi, Kumpulan Tan Chong tetap berusaha untuk membina daya tahan dan mengatasi segala kesulitan dengan kerjasama daripada pihak berkepentingan kami.

Previous post

Mitsubishi Outlander PHEV Baharu Dapat Kuasa Lebih Tinggi, 7 Tempat Duduk

Next post

Mazda Trademark Satu Logo ‘R’ Yang Sporty

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *