Pelancaran Toyota Agya Versi GR Sport Di Indonesia
Indonesia sudah ada Agya TRD Sportivo tetapi itu tidak mencukupi. Mereka masih mahu sesuatu yang lebih sporty dan agresif seperti model-model Toyota yang lain dan dengan itu muncul versi GR Sport.
Versi GR Sport ini adalah penambahbaikan versi TRD Sportivo yang dilancarkan tahun lalu. Dan sebenarnya, perbezaannya tidaklah begitu ketara.
Sama seperti Toyota di Malaysia, rangkaian TRD Sportivo dikongsi dari Vios yang popular sehinggalah kepada SUV Fortuner 4 × 4 dan juga Hilux TRD Sportivo.
Pihak pengurusan Toyota membuat keputusan untuk menggunakan jenama ‘Gazoo Racing’ atau ‘GR’ untuk semua modelnya yang mendapat talaan. Pada tahun 2015 ketika Toyota memutuskan untuk menyatukan semua Toyota Racing, Lexus Racing dan aktiviti perlumbaan lain yang berkaitan di bawah panji Gazoo Racing. Sebelum itu, ketiga-tiga entiti itu dimasukkan ke dalam sepanduk yang berasingan, dengan Gazoo Racing hanya mula muncul pada tahun 2007 di acara 24 Hours Nürburgring.
Inilah sebabnya mengapa anda tetiba melihat di Malaysia, kereta ‘Gazoo Racing’ talaan Toyota pada tahun-tahun kebelakangan ini dan kini, turut diikuti di Indonesia.
Luaran
Sekali imbas apa yang berbeza, dari segi luaran adalah logo dan jalur serlahan di kiri dan kanan gril bumper.
Agya GR Sport turut dipadankan dengan rim aloi 14-inci serta brek cakera berliang di hadapan dan brek dram di belakang.
Warna luaran yang ditawarkan adalah warna kelabu metalik, jingga metalik, perak metalik, kuning dan merah.
Enjin
Pada bahagian enjin pula Toyota hanya menyediakan satu pilihan sahaja iaitu enjin 1.2 liter empat silinder berkuasa 88 PS dan tork maksima 108 Nm.
Harga
Toyota Agya GR Sport ini ditawarkan kepada penduduk di Indonesia dengan harga yang bermula dari 154.4 juta Rupiah atau RM45,000 (transmisi manual).
Varian transmisi automatik empat-kelajuan pula dijual pada harga 170.4 juta rupiah atau RM50,000 sahaja.
Sepupunya
Toyota Motor Corporation dan Toyota Astra Motor yang merupakan anak syarikat penjualannya di Indonesia, melancarkan Toyota Agya di Indonesia pada bulan September 2013 yang merupakan dan masih merupakan sebuah kereta kompak yang berpatutan.
Agya dirancang dan dikembangkan oleh syarikat Toyota Group Daihatsu Motor Co., Ltd. (Daihatsu) dan dihasilkan oleh PT Astra Daihatsu Motor (ADM), anak syarikat Daihatsu di Indonesia. Perhatikan dengan teliti dan anda akan melihat persamaannya dengan sebuah kereta kompak terlaris di Malaysia.
Di Malaysia sepupunya adalah Perodua Axia.
Selama bertahun-tahun Toyota Agya telah diterima dengan baik oleh pembeli kereta kompak Indonesia seperti bagaimana sepupunya laris dijual di Malaysia dengan resale value yang tinggi dan kebolehpercayaan yang baik. Jangan lupa enjin penjimatan bahan api dan ciri keselamatan yang baik adalah termasuk dalam harga.
No Comment