Motosikal / Skuter / Roda

Vespa Primavera Dan GTS Edisi Ulang Tahun Ke-75 Tiba Di Malaysia

Siri model ulang tahun ke-75 Vespa yang terdiri daripada Primavera 150 dan GTS 300 kini boleh didapati di Malaysia menerusi Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama itu. Primavera 150 dijual pada harga RM23,500 manakala GTS 300 pula berharga RM38,900.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-18

Dihasilkan sempena ulang tahun Vespa yang ke-75, model-model ini didatangkan dalam warna kuning metalik eksklusif yang dinamakan ‘Giallo 75th’. Warna ini diinspirasikan oleh Vespa ketika era 1940an.

Vespa Primavera 75th Anniversary

Selain itu, terdapat grafik nombor 75 dalam rona yang lebih gelap pada panel sisi dan mudguard hadapan, manakala bahagian ‘tali leher’ disudahi dengan warna kuning ‘opaque pyrite’.

Kedua-dua model edisi istimewa ini mempunyai tempat duduk yang dibaluti kulit nubuck berwarna kelabu, rim berwarna kelabu serta pelbagai komponen yang disadur krom seperti perhiasan ‘tali leher’, trim mudguard hadapan, bingkai kluster instrumen, pelindung muffler, cermin sisi, rak bagasi belakang dan tempat letak kaki pembonceng (GTS sahaja).

Membezakan lagi model ulang tahun ini adalah beg berbentuk bulat yang kelihatan seperti bekas tayar simpanan yang sering dilihat pada model-model Vespa klasik. Seperti tempat duduk, beg ini diperbuat daripada kulit nubuck dan mempunyai tali bahu serta klip untuk membolehkan ia dipasang pada rak dengan lebih mudah. Turut disertakan adalah penutup kalis air.

Dari segi kelengkapan, paparan berwarna TFT berukuran 4.3 inci lengkap dengan sistem ketersambungan telefon pintar Vespa MIA disertakan secara standard pada kedua-dua model. Selain itu, pelanggan juga akan menerima Welcome Kit yang merangkumi plat besi vintaj, buku pemilik dan lapan keping poskad.

Previous post

S680 GUARD 4MATIC Terkini Mungkin Benz Yang Paling Kalis Peluru Yang Pernah Ada

Next post

Pocket Roket Malaysia Menang Pingat Perak Olimpik Dalam Upacara Akhir Berbasikal Keirin Lelaki Di Izu Velodrome di Shizuoka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *