Apakah Yang Akan Dilancarkan Oleh UMW Toyota 27 September Depan?
UMW Toyota Motor nampaknya akan melancarkan sesuatu pada 27 September depan. Syarikat itu tidak menyatakan apakah sebenarnya yang akan dilancarkan namun memberikan beberapa petunjuk iaitu “kesunyian”, “harmoni”, “tenaga”, “endurans” dan “kuasa” menerusi satu kenyataan media.
“Tanpa ingin mendedahkan terlalu banyak, biar saya katakan yang kami akan membuat pengumuman terperinci tentang ini dalam masa terdekat, dan ia akan memberi impak besar tidak hanya kepada jenama ini sahaja, tetapi ke atas industri secara keseluruhannya, serta terhadap gaya hidup dan pilihan yang sudah serasi dengan kita,” jelas Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama.
“Toyota Motor Corporation terus akan menjadi pelopor dan syarikat telah mengambil satu lagi langkah ke depan untuk mengukuhkan komitmen globalnya menjelang 2050. Kami sedang berdepan dengan jangkaan sebuah era baru yang menarik, yang akan menetapkan perjalanan masa depan untuk generasi akan datang,” tambah beliau.
Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata komitmen Toyota tidak hanya terhad kepada industri automtotif semata-mata, dan ia sebuah usaha yang akan melibatkan semua pihak berkepentingan sekiranya matlamat itu ingin dicapai dengan jayanya, melangkaui sekadar pengilangan dan pemasangan kenderaan.
“Adanya kemungkinan hari esok pada hari ini akan mengubah ekonomi dan landskap sosial Malaysia. Jalan ke depan adalah dengan memberi komitmen dan terus bergerak, walaupun itu bermaksud untuk mengunjur sempadan dan mencabar cara lama.”
Pengumuman seterusnya akan dibuat menerusi laman web UMW Toyota dan laman media sosial Facebook dan Instagram syarikat itu.
Bagi kami, ia kedengaran seperti UMW Toyota Motor akan memulakan pemasangan tempatan model hibrid elektrik di kilang Bukit Raja seperti yang diumumkan Julai lalu. Persoalannya, apakah model itu?
No Comment