Aplikasi Mudah Alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota Kini Diintegrasikan Dengan VTS
Keterhubungan mobiliti adalah cara baru untuk industri automotif, dan dengan adanya internet, perisian dalaman serta sistem kedudukan global yang canggih boleh dicapai melalui telefon pintar.
Bagi pemilik kenderaan Toyota, apa yang sebelum ini dipanggil bantuan jalanan telah dipertingkatkan kepada aplikasi mudah alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota.
Menurut UMW Toyota Motor, apa yang diperlukan kini hanyalah beberapa leretan di telefon anda untuk meminta bantuan segera, walaupun bagi perkara sekecil kehabisan minyak atau kebocoran tayar.
Sudah tentu, mereka yang lebih gemar untuk bercakap dengan seseorang di talian masih boleh menghubungi talian bebas tol Toyota 1-800-888-247.
Dalam situasi kecemasan, pengguna boleh menekan butang SOS dengan ciri pengesanan jejak masa nyata yang membolehkan pengguna menjejak laluan perjalanan dan masa bantuan akan tiba kepada mereka.
Pemilik kenderaan mampunyai pilihan untuk mendapatkan bantuan dari cawangan Toyota kegemaran mereka yang ditawarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, sepanjang tahun di seluruh negara.
Presiden UMW Toyota, Ravindran K. berkata syarikat telah menyediakan khidmatan Bantuan Jalanan 24Seven Toyota kepada pelanggan sejak 20 tahun lalu.
“Dengan perkembangan teknologi mudah alih yang semakin maju, langkah seterusnya bagi kami adalah untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih yang membawa servis ini ke tahap lebih tinggi,” tambah beliau.
Berikut adalah manfaat utama Bantuan Jalan 24Seven Toyota:
- Tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu di seluruh negara
- Boleh diakses melalui aplikasi mudah alih, tablet atau nombor talian bebas tol
- Baik pulih minor di lokasi percuma
- Tundaan percuma dalam negeri (tertakluk terma dan syarat)
- Muat turun percuma aplikasi di Googe Play Store atau Apple App Store
Aplikasi mudah alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota turut dihubungkan dengan Sistem Telematik Kenderaan Toyota
(VTS) yang disediakan di dalam setiap model generasi baharu. Antara manfaat VTS adalah:
- Pemantauan kenderaan melalui GPS
- Respon kecemasan sekiranya ada impak dikesan
- Koordinasi dengan pihak berkuasa berkaitan oleh Pusat Kawalan 24/7
- Menjejak beberapa kenderaan dalam satu aplikasi
- Melihat dan merakam maklumat operasi kenderaan
- Makluman dan notifikasi untuk keadaan spesifik
- Pemantauan skor pemandu untuk tabiat memandu yang lebih selamat
- Jaminan 5-tahun
No Comment