Motosikal / Skuter / Roda

Honda CBR150R (2021) Dilancarkan Di Malaysia

Boon Siew Honda melengkapkan barisan model CBR dengan pelancaran CBR150R baharu yang dijual pada harga RM12,499. Ia boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Matte Charcoal Grey Metallic dan Candy Scintillate Red.

Menampilkan reka bentuk agresif, CBR150R dikuasakan oleh enjin DOHC bersesaran 150 cc yang dilengkapi dengan teknologi penyejukan cecair. Enjin silinder tunggal itu menghasilkan 16 hp pada 9,000 rpm dan 13.7 Nm pada 7,000 rpm.

Ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dengan klac Assist & Slipper yang membantu mengelakkan tayar belakang daripada tergelincir semasa menurunkan gear dengan agresif.

Sementara itu, sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik terbalik di hadapan dan Monoshock Pro-Link di belakang. Untuk brek pula, jentera ini menggunakan cakera beralun yang dilengkapi dengan ABS pada bahagian hadapan dan belakang.

Ciri-ciri lain yang turut disertakan adalah lampu LED pada bahagian hadapan dan belakang, serta paparan digital penuh. Terdapat juga sistem Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) yang akan diaktifkan secara automatik apabila penunggang mengenakan brek dengan kuat.

Harga yang dinyatakan adalah harga bilik pameran yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Setiap unit didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Beza BHPetrol Euro4M RON95 Dan RON97 Pada Bahan Tambahan

Next post

Renault Mégane E-TECH EV Gen Kedua Jenama Perancis Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *