Kereta Tergolek Dog Setelah Disodok Oleh Sebuah Lamborghini Gallardo
Cuba bayangkan diri anda sedang memandu kereta anda, mematuhi had laju, berhemah, cermat, memandang kehadapan, memandang ke belakang dan tiba-tiba nampak sebuah kenderaan yang meluru laju gila kearah belakang kereta anda dan dengan sekelip mata, BOOM! – anda terbalik, tergantung dari tali keledar kerusi kereta anda yang sekarang di atas. Bumbung di bawah.
Mungkin itulah yang berlaku semasa kemalangan pagi tadi di jalan bertingkat Jalan Tun Razak yang senantiasa sibuk di Kuala Lumpur.
Selain gambar dan video yang tular tidak banyak maklumat yang ada mengenai kemalangan ini. Walau bagaimana pun dari gambar dan video yang ada, kesimpulan kami ialah pemandu Lamborghini Gallardo ini mungkin telah menyodok sedan kelabu iaitu sebuah Proton ‘Accordana’, yang di pandu seorang wanita berusia 53 tahun, sampai terbalik dog dan terus landing atas bumbungnya.
Kami agak yakin, dengan kesimpulan kami dari kerosakan yang terjadi kepada kedua-dua kereta yang terlibat. Gallardo mengalami kerosakkan kepada bahagian depan kirinya yang pecah habis, yang mengakibatkan roda kiri depannya tercabut, sementara Perdana yang terbalik mengalami kerosakan yang agak berat pada bahagian kanan bumper belakangnya. Dengan kesan kerosakkan ini, ianya jelas bahawa sedan itu dihentam dengan kuat Gallardo dari belakang.
Namun, ada beberapa kereta lain yang turut terkesan dengan kemalanganini termasuk sebuah Suzuki Swift berwarna merah, yang nampak gayanya tergelincir dan merempuh penghalang konkrit. Sekali lagi, dengan ketiadaan maklumat menyukarkan kami melapurkan apa yang sebenarnya berlaku pada hatchback Jepun ini tetapi kesimpulan terbaik kami ialah kereta itu tidak bernasib baik. Dan sekali lagi, tidak ada maklumat tentang penghuninya tetapi kami harap kesemua yang tertlibat tidak apa apa, terutama sekali pemandu Accordana.
Saringan ujian kencing dan alkohol yang dilakukan terhadap pemandu Lamborghini Gallardo berkenaan mendapati dia NEGATIF pengunaan bahan terlarang.
Apa yang tentu ialah, memandu secara sembrono mungkin menjadi penyebab utama kemalangan ini. Kami sudah katakan berkali-kali sebelum ini dan kami akan mengatakannya sekali lagi: memandu sebuah supercar bukanlah sesuatu yang boleh main-main. Ia memerlukan kemahiran dan yang paling penting, banyak kesabaran dan kematangan. Memang, dengan jeritan V10 di belakang kabin sangat-sangat menghairahkan, tetapi ingatlah, bahawasanya hanya sesaat ketidaksabaran itu sudah cukup untuk mengundang malapetaka.
No Comment