Pemenang Peraduan Mudah Menang BHPetrol Terima Hadiah Wang Tunai
Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah mengumumkan pemenang peraduan Mudah Menang Grand Finale yang menyaksikan tiga pelanggannya muncul sebagai pemenang Hadiah Utama, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM33,333 dan 100,000 ePoint.
Bukan itu sahaja, tiga lagi pemenang bagi kategori Hadiah Istimewa masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,333 dan 30,000 ePoint.
Senarai pemenang adalah seperti berikut:
Kategori Hadiah Utama: Wang Tunai RM33,333 dan 100,000 ePoint
- Mustaqim bin Ibrahim (Serendah, Selangor)
- Pang Jik Ing (Ayer Tawar, Perak)
- Pua Shiau Lin (Petaling Jaya Selangor)
Kategori Hadiah Istimewa: Wang Tunai RM3,333 dan 30,000 ePoint
- Chin Yee Wah (Bukit Tengah, Penang)
- Kumaran a/l Kuppusamy (Banting, Selangor)
- Mohd Siraz bin Rameli (Shah Alam, Selangor)
Semua pemenang diumumkan dalam satu acara maya anjuran BHPetrol yang dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi BHPetrol termasuk Pengurus Besar Kanan Bekalan, Runcit, Hal Ehwal Korporat & Hubungan Kerajaan, Ir Azizul Azily Ahmad dan Pengurus Besar Pemasaran, Lawrence Chuah.
Dalam acara tersebut, BHPetrol turut mengumumkan dua pemenang Hadiah Bulanan yang menerima sebuah Apple iPhone 12 64GB dan sebuah Apple iPad Gen 8 serta tiga pemenang Hadiah Mingguan yang mendapat 100,000 ePoint. Secara keseluruhannya, terdapat seramai 51 orang pemenang peraduan Mudah Menang.
Dilancarkan pada Mac 2021, peraduan BHPetrol Mudah Menang memerlukan pelanggan membeli produk petrol atau diesel di mana-mana stesen servis BHPetrol atau barangan dari kedai BHPetromart yang mengambil bahagian semasa tempoh peraduan.
Setiap pembelian perlu disertakan dengan eCard berdaftar yang sah atau diimbas dengan aplikasi mudah alih eCard. Perbelanjaan terkumpul bernilai RM30 berhak mendapat satu penyertaan.
Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Leslie Ng berkata, “Peraduan itu diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti pemasaran syarikat untuk menarik minat dan kesedaran terhadap produk petroleum dan perkhidmatan runcit yang disediakan di 400 stesen servis BHPetrol di seluruh negara.”
Tambah beliau, BHPetrol menganjurkan pelbagai program pemasaran dan peraduan yang menarik untuk menghargai pelanggan atas sokongan dan kesetiaan mereka.
No Comment