Peugeot 505 4 × 4 Pernah Wujud Di Beberapa Pelusuk Dunia
505 4 × 4 ini tidak dihasilkan oleh Peugeot sendiri.
Pada tahun 1979 Peugeot menggantikan rangkaian 504 yang sangat popular yang tentunya (sila lihat gambar di bawah) telah banyak berkhidmat di Afrika, Asia dan Eropah.
Model pengganti diberi nama Peugeot 505 dan ia adalah sebuah kereta keluarga besar yang dihasilkan dari tahun 1979 hingga 1992 di Sochaux, Perancis.
Ia juga dihasilkan di pelbagai negara lain termasuk Argentina (oleh Sevel dari 1981 hingga 1995), China, Thailand (oleh Yontrakit Industrial Co. Ltd.), Indonesia dan Nigeria. 505 adalah kereta pacuan roda belakang terakhir Peugeot.
505 dipuji oleh wartawan permotoran untuk tunggangan dan pengendaliannya, terutama di jalan yang debu dan batu; mungkin satu sebab popularitinya di negara-negara yang kurang maju dan ia meneruskan tradisi 504 (yang kebetulan akan segera kembali sebagai 504 Pure Electric).
Pada tahun 1980, sebuah syarikat swasta bernama Automobiles Dangel memutuskan untuk memberikan 505 yang teguh in kemampuan untuk melangkah lebih jauh. Automobiles Dangel adalah syarikat automobil khas Perancis yang berpusat di Sentheim, Alsace. Ia telah menghasilkan 4×4 versi kenderaan Citroën dan Peugeot sejak tahun 1980. Penukaran pertama adalah Peugeot 504 dan sejak itu Dangel telah menukar lebih dari 22,000 kenderaan. Ini adalah bila kereta ini dalam gambar dihasilkan.
Ia digerakkan dengan enjin 110hp turbo-diesel interkol atau enjin petrol 130hp 2.2 L. Pacuan empat roda 505 juga mempunyai gear ratio yang lebih pendek.
Selama beberapa tahun, Dangel menghasilkan 500 unit kenderaan 505 4 × 4 ini dan sepanjang pengetahuan kami, kesemuanya adalah kenderaan pandu kiri. tetapi tidak satu unit pun tiba di Malaysia.
Hari ini di Malaysia, mencari stok pacuan 2 roda 505 dalam keadaan berjalan elok susah dan ya ada yang disimpan pengumpul yang tidak mahu menjualnya dan ada yang di luar bengkel dan sayangnya di bawah rumah-rumah kampung mereput.
Sekiranya anda menjumpai satu unit dengan keadaan berjalan yang baik dengan harga yang berbaloi, kami anggar maksimum antara RM8,000 hingga RM15,000, ia mungkin menguntungkan untuk memilikinya sebagai sebuah kereta keluarga klasik moden. Versi terbaik untuk dimiliki tentu saja ialah 505 GTi. Ya, Peugeot pernah menghasilakn GTi 4 pintu dan versi ini memasuki perlumbaan dalam kejuaraan ‘touring car’ dan siri IMSA Racing.
505 GTi bilik pameran memang power buat masanya ketika itu. Sedan besar ini hanya 1.235kg dan membawa enjin 4 silinder aspirasi semula jadi. Menghasilkan 128bhp pada 5,750rpm dan tork 188Nm pada 4,250rpm, ia dapat pecut 0-100km / j dalam 10 saat dan mempunyai kelajuan tertinggi 185km / j. Itu adalah sedan pacuan roda belakang dengan kotak gear manual 5-kelajuan. Ia dihasilkan dari tahun 1984 hingga 1989.
No Comment