Edaran Tan Chong Memulakan Kempen Malaysia Day Nissan
Model yang berkenaan dalam kempen ini adalah Navara, Almera Turbo, X-Trail dan Serena S-Hybrid
Bersempena dengan perayaan Hari Malaysia yang akan datang, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melancarkan kempen ‘Malaysia Day Treats Promotion’ pada bulan September.
Kempen ini, yang dianjurkan hingga 30 September 2021, menawarkan pengecualian cukai jualan, ansuran bulanan rendah yang menarik (promosi Flexi Financing), pakej aksesori eksklusif dan pakej penyelenggaraan dengan setiap pembelian model terpilih Nissan.
Pelanggan yang membeli Nissan Navara 2.5L Turbo 4WD V yang baharu akan menerima Pakej Aksesori Premium bernilai RM10,150, sementara Almera Turbo VLT model teratasl kini dilengkapi dengan Pakej Aksesori Urban bernilai RM5,200.
X-Trail 2.0L 2WD kini kelihatan lebih sporty berkat IMPUL Aerokit bernilai RM5,600 dan untuk Serena S-Hybrid 2.0L Highway Star, MPV gaya hidup mendapat pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun yang merangkumi parts dan labour untuk peace of mind.
Dengan promosi Flexi Financing ETCM, Navara dapat diperoleh dengan ansuran bulanan yang menarik hanya RM1,040, sementara Almera Turbo dapat menjadi milik anda dari RM680 sebulan. Sementara itu, ansuran bulanan untuk X-Trail dan Serena S-Hybrid masing-masing adalah RM1,020 dan RM1,080.
Untuk melihat lebih dekat model-model ini, pelanggan dipersilakan mengunjungi bilik pameran Nissan terdekat, yang beroperasi seperti biasa kecuali yang dalam kawasan PKPD. Sebagai alternatif, anda boleh melayari laman web www.nissan.com.my atau menghubungi Talian Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838. untuk maklumat lanjut
Tentang Tan Chong Motor Holdings Berhad
Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH), adalah cabang penjualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia. Pada tahun 1957, Tan Chong Motors dilantik sebagai pemegang francais kenderaan Nissan / Datsun di Malaysia dan Nissan / Datsun menjadi jenama terlaris di negara ini pada tahun 1970. TCMH disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 1974.
Kumpulan ini terlibat terutamanya dalam pemasangan dan pengedaran kereta. Untuk melengkapkan perniagaan automotif TCMH, TCMH menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan seperti servis selepas penjualan kenderaan , pembiayaan sewa beli, penyewaan, dan insurans.
No Comment