Fiat 500 Menang ‘Small Car of the Year’ News UK Motor Awards
Ini ialah Fiat 500 terbaharu yang tidak akan datang secara rasmi ke Malaysia.
Ya, Fiat kompak yang comel dan sangat bergaya ini baru sahaja menerima anugerah dari News UK Motor Awards yang disenarai pendek oleh wartawan automotif terkemuka kesemua tajuk News UK dan dipilih oleh masyarakat umum. Ini bukan penghargaan pertama dan terakhir Fiat 500 ini.
Pada tahun keempatnya, News UK Motor Awards menyatukan kepakaran dan khalayak kolektif The Times, The Sunday Times, Driving .co.uk, The Sun dan talkSport.
Diundi oleh pengguna dan disenarai pendek oleh wartawan automotif terkemuka, Fiat 500 baharu ini mendapat gelaran Small Car of the Year di News UK Motor Awards 2021.
Mengapakah kita katakan awal tadi bahawa Fiat 500 ini tidak akan datang ke Malaysia secara rasmi? Baiklah, pengedar Fiat sebelumnya di Malaysia, Torino Motors ditutup bertahun-tahun yang lalu dan sejak itu belum ada peniaga baharu untuk jenama Fiat di Malaysia.
Sebabnya mudah. Dengan jenama kenderaan nasional yang menguasai jumlah jualan di pasaran yang sangat sensitif terhadap harga, Fiat tidak dapat menjual kereta bergaya kompak mereka ini bawah RM100k. Kemudian ada isu jenama murah buatan China yang masuk ke pasaran dengan harga bawah RM99k yang mengurangkan kemungkinan keuntungan setelah pelaburan tinggi di pasaran kenderaan bermasalah.
Sementara itu, kami mengucapkan tahniah kepada Fiat dengan kemenangan ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, penghargaan News UK telah dinilai oleh pengguna dan wartawan automotif pada kesemua tajuk News UK, yang memperjuangkan kenderaan best-in-class pada semua segmen motor.
Ini sedutan siaran media Fiat dengan lebih maklumat.
MEDIA RELEASE: The award bestowed by News UK Motor Awards is the 10th achieved in UK and it adds to the trophy haul of the New 500 that already includes “Green Car” at the French Automobile Awards 2020 and “Car of the Year and Best Small Electric Car” from Driving Electric.
On top of these prestigious international acknowledgments, it has also received the “Best Design 2020” award from the German magazine “Auto Motor und Sport” and “Best Design Concept” at the renowned international “Red Dot Design Awards”.
The New 500, launched in March 2020, has already collected numerous International awards and is already the leading electric city-car in Europe.
New 500 is the first most sold car with nearly 28 percent of market share in the city car segment in Europe, leader in the city car market in 12 countries and the most sold in the entire EV market in Italy. In addition, after the launch in Europe, Israel and Brazil the New 500 is on its way to becoming the first global, “all-in”, all-electric, city car.
No Comment