Haruskah Polis Di Raja Malaysia Pandu Uji BMW M3 Baharu
Atau haruskah mereka menguji BMW M3 yang ditala oleh AC Schnitzer?
Dalam 24 jam terakhir, media permotoran dan beberapa media berita meletupkan lebar jalur kita dengan khabar angin mengenai pihak polis kita sedang menguji beberapa kenderaan idaman dan yang mahal-mahal.
Ada yang kata ianya hanya lakonan dan untuk pengambaran filem. Wayang saja. Kami tak pasti. Khabar angin is khabar angin. Tak boleh percaya.
Tetapi yang menarik minat kami adalah salah satu kereta menjadi topik perbincangan hangat adalah salah satu kereta itu berharga mahal dan silsilahnya. BMW M3. BMW prerstasi yang baharu ini adalah sebuah kereta dalam senarai keinginan ramai peminat kereta dan mereka berpendapat bahawa ia tidak boleh dipandu oleh pegawai polis, terutama pada masa ekonomi yang mencabar ini.
Kami tidak akan memberi komen mengenai alasan mengapa mereka menilai sedan BMW M3 4 pintu yang baharu ini, atau tidak, tetapi melihat kepada begitu banyak Toyota Vios (Vios GR-S) talaan Gazoo Racing, Honda City dan Perodua Myvi yang pandu laju di jalan raya kami, nampak gayanya pihak polis kita memang memerlukan kenderaan yang laju seperti yang selalu kami nyatakan kerana mereka perlu dikejar dan diberkas.
Malah Honda City RS e-HEV terbaru datang dengan tork berbakul dan dijual macam goreng pisang panas akan dilihat memecut di jalanraya tidak lama lagi.
TETAPI, kami ada cadangan. Penguatkuasa kita sebaliknya harus melihat kepada menilai BMW yang ditala dan agak istimewa ini. AC Schnitzer G80 BMW M3. Buat masa ini enjin 3.0 liter berkembar turbo M3 menghasilkan hanya 503 kuasa kuda dan tork 650 Nm dari kilang.
Selepas beberapa teknik pintar dari ‘mat-mat’ di AC Schnitzer, M3 baharu ini menawarkan apa yang sangat diperlukan oleh penguatkuasa kita, tambahan 87 tenaga kuda, yang menjadikannya jumlah 590 tenaga kuda dan sekitar 100 Nm lebih tork kepada 750 Nm yang mengagumkan, semuanya masih dihantar ke roda belakang. Ini akan membolehkan mana-mana pegawai penguatkuasa undang-undang kita buat sarapan dengan GR Vios atau City e.HEV.
Splitter depan meningkatkan daya tekan sebanyak 40 kg pada 200 km / j. Ciri dinamik Aero terus berada di tepi M3 dengan set deflektor empat keping untuk fender depan, yang dilengkapi dengan elemen reka bentuk hood.
Sementara itu, di bahagian belakang M3 ini terdapat spoiler atap yang menambah downforce 20 kg. Kombinasi diffusor belakang, sayap belakang Carbon ‘Racing’ baharu yang mempunyai flap gurney menjadikan tekanan 70 kg lagi untuk memastikan sedan M3 ini siap dipahat mengambil selekoh ketat litar.
Ya, mungkin sedikit mahal, tetapi akan kelihatan hebat di jalan raya kita. Kan?
Malah, power menagih adrenalin ini bahkan dapat menangkap pelanggar undang-undang Aston Martin DBX dan atau Lamborghini Urus yang dipandu oleh beberapa Dato’-Dato’ dan juga Datin-Datin di sepanjang jalan raya terbuka kita.
No Comment