Hyundai Staria – MPV ‘Kapal Angkasa’ Mendarat Di Malaysia
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini secara rasminya melancarkan Hyundai Staria. Dibuka untuk tempahan pada 18 Oktober lalu, MPV mewah ini dijual pada harga RM358,888 dengan jaminan selama dua tahun atau 50,000 km.
Apa yang menarik, HSDM turut menawarkan pakej jaminan lima tahun/300,000 km dan pakej servis percuma untuk tiga tahun/50,000 km dengan harga tambahan sebanyak RM10,000.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Staria untuk pasaran Malaysia didatangkan dalam satu varian sahaja iaitu Premium, dengan konfigurasi tujuh tempat duduk. Ia mempunyai ukuran panjang 5,253 mm, lebar 1,997 mm dan tapak roda sepanjang 3,273 mm.
Tidak seperti Starex, Staria menampilkan rekaan futuristik yang diinspirasikan daripada kapal angkasa. Bahagian hadapan dihiasi dengan lampu nyalaan siang melintang, dengan lampu utama diintegrasikan di dalam gril radiator. Di belakang pula terdapat lampu dengan rekaan Parametric Pixel seperti yang terdapat pada model EV6.
Tarikan utama untuk ruang dalaman model ini adalah tempat duduk Premium Relaxation pada barisan kedua yang menampikan ciri pelarasan elektronik dan mod ‘relaxation’ yang boleh diakses dengan hanya menekan satu butang sahaja. Bergantung kepada konfigurasi tempat duduk, ruang but menawarkan kapasiti penyimpanan kargo sehingga 5,000 liter.
Di hadapan, terdapat panel instrumen digital berukuran 10.25 inci, skrin sentuh sistem infotainmen dengan sistem audio Bose dan butang elektronik untuk pemilihan gear. MPV ini juga dilengkapi dengan kamera di dalam kabin yang membolehkan pemandu memantau keadaan kabin dan penumpang di belakang, serta sistem pencahayaan ambien dengan 64 pilihan warna pada bahagian kokpit, konsol tengah, pintu dan ruang kargo.
Dari segi keselamatan pula, Staria didatangkan standard dengan sistem Hyundai SmartSense yang merangkumi ciri-ciri berikut:
- Blind-spot View Monitor
- Blind-spot Collision Avoidance Assist with Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist
- Lane Keeping Assist
- Lane Following Assist
- Smart Cruise Control with Stop & Go
- Forward Collission Avoidance Assist
- Driver Attention Warning with Leading Vehicle Departure Alert
- Parking Distance Warning
- Surround View Monitor
- Rear Occupant Alert
- Safe Exist Warning
- High Beam Assist
Dibangunkan menggunakan platform N3 baharu, Staria dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.2-liter CRDi yang menghasilkan 177 PS dan 431 Nm. Ia dipadankan dengan enjin automatik lapan kelajuan yang memacu roda hadapan, tidak seperti Starex yang merupakan model pacuan roda belakang. Platform baharu itu juga dilengkapi dengan suspensi belakang jenis multi-link yang menggantikan live
Di samping waranti lanjutan yang dinyatakan, pelanggan juga boleh mendapatkan pakej tambahan yang mengandungi sistem infohibur bumbung, pemijak sisi dan filem 3M pada harga RM20,000.
No Comment