Proton Lancar Rangkaian Minyak Pelincir – 4 Gred, Harga Dari RM78
Proton hari ini mengumumkan pelancaran rangkaian produk minyak pelincir yang diformulasi secara ekslusif untuk kereta keluarannya. Dipasarkan di bawah jenama alat ganti tulen syarikat, terdapat empat gred di dalam barisan Minyak Pelincir Proton (PGO) iaitu dari PGO 1 ke PGO 4, yang termasuk minyak sintetik penuh, minyak semi-sintetik dan minyak pelincir jenis mineral.
Dengan mengambil manfaat daripada kerjasama bersama rakan teknikal, rangkaian minyak pelincir PGO diformulasikan secara spesifik untuk enjin kereta Proton oleh Petronas. Tersedia dalam spesifikasi 5W30 SP, 5W30 SN, 10W30 SN dan tahap kelikatan 15W40 SN dengan API SP dan tahap API SN, kesemuanya boleh didapati di wakil servis Proton yang sah. Minyak pelincir tersebut juga boleh didapati di stokis alat ganti, walaupun pada waktu ini hanya terhad kepada PGO 3 dan PGO 4.
Berikut adalah harga bagi setiap gred:
“Pelancaran minyak pelincir PGO adalah satu langkah baharu bagi perjalanan Proton untuk menjadi jenama automotif premium di Malaysia. Kami bekerja dengan rakan niaga dalam penghasilan formulasi bagi memastikan ia mencapai tahap yang diinginkan oleh kami dan memberikan pelanggan perlindungan enjin untuk model Proton mereka dengan harga yang berpatutan. Dengan senarai penuh produk tersebut, keseluruhan rangkaian model dirangkumi termasuk enjin baharu TGDI yang digunapakai pada SUV kami.”
“Menuju kehadapan, Proton juga menerokai peluang di mana kita boleh berkerjasama dengan pembekal untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan. Kami juga akan mengolah kekuatan rangkaian wakil jualan yang mempunyai jumlah pusat 3S dan 4S terbesar di dalam negara, bagi memastikan produk seperti rangkaian PGO boleh didapati di seluruh negara secepat yang mungkin, kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.
No Comment