Bisnes

UMW Toyota Tambah Baik Program Langganan Kinto One

Awal tahun ini, UMW Toyota Motor memperkenalkan Kinto One, sebuah program langganan kenderaan yang direka khas untuk mereka yang ingin mencari sebuah kereta tanpa perlu betul-betul memilikinya.

Program yang merupakan hasil kerjasama antara Toyota Capital Malaysia dan UMW Toyota Motor ini juga merupakan sebahagian daripada langkah awal Toyota untuk merealisasikan impian menjadi sebuah syarikat mobiliti.

Direka di Jepun dan ditawarkan di seluruh dunia, Kinto One mempunyai langganan ansuran bulanan tetap yang meliputi pendaftaran kenderaan, insurans tahunan komprehensif, cukai jalan, serta penyelenggaraan pencegahan dan berjadual.

Tempoh langganan adalah dalam masa dua atau tiga tahun dan sebaik sahaja tamat, pelanggan hanya perlu memulangkan kenderaan terbabit tanpa perlu risau tentang nilai semasa atau cara untuk menjual kenderaan tersebut kerana semuanya akan diuruskan bagi pihak mereka.

“Tidak lama selepas kami melancarkan Kinto One, negara ini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula, dan ini memaksa kami untuk menjadi lebih adaptif dengan perkembangan sekeliling,” jelas Presiden Toyota Capital Malaysia, Thomas Chai.

Tambah Thomas, ini memaksa mereka untuk menambah baik ciri penawaran Kinto One untuk memenuhi permintaan pasaran langganan kereta yang semakin berkembang.

Dengan ciri tambahan terbaru Kinto One, pelanggan kini boleh memilih pakej perbatuan tahunan yang berbeza, bermula dari 20,000 km hingga 30,000 km, serta tempoh langganan yang lebih panjang hingga lima tahun.

Sebagai tambahan, program itu turut menawarkan Lite Package, sebagai maklum balas kepada permintaan pasaran di mana pelanggan kini kurang bergerak berbanding dahulu tetapi masih perlukan sebuah program pemilikan kenderaan yang mudah dan ringkas.

Ia masih menawarkan nilai terbaik dari program langganan kenderaan dan tetap menawarkan keanjalan penuh bagi pelanggan untuk memilih pakej yang memenuhi keperluan spesifik mereka.

Selain itu, Toyota turut memperkenalkan Kinto One Business untuk syarikat-syarikat yang ingin memperkembangkan barisan flit mereka tanpa perlu terbeban dengan aset serta urusan pentadbirannya.

Model yang terlibat bagi langganan Kinto One termasuklah model popular dari Lexus dan Toyota serta Toyota Hilux dan Hiace. Senarai inventori berserta harga langganan boleh didapati di www.kinto-my.com.

Previous post

Jualan Perodua Meningkat 102% Pada September 2021

Next post

Trak Pikap JMC Vigus Pro 4X4 Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *