Volkswagen Tawar Penjimatan Servis 30 Peratus Kepada Ahli VCP
Sebagai tanda penghargaan terhadap pemilik yang setia dengan jenama Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menawarkan penjimatan sehingga 30 peratus untuk servis penyelenggaraan kepada ahli Volkswagen Care Plus (VCP).
Di bawah program VCP, ahli-ahli layak menerima tiga baucar diskaun servis sebanyak 20 peratus. Diskaun tambahan sebanyak 10 peratus sah dari sekarang hingga 31 Disember 2021.
VCP merupakan program eksklusif yang terbuka kepada mana-mana pemilik kenderaan Volkswagen yang berusia lima tahun ke atas. Selain diskaun ini, terdapat pelbagai manfaat lain yang boleh dinikmati seperti bantuan tepi jalan percuma selama dua tahun dan sokongan bateri di lokasi 24 jam.
Pemilik boleh mendaftar untuk program ini secara percuma di mana-mana wakil pengedar Volkswagen yang bertauliah.
Setiap servis dan pembaikan di pusat servis yang bertauliah didatangkan dengan jaminan bahawa 100 peratus alat ganti yang digunakan adalah tulen dan kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh juruteknik berpengalaman mengikut piawaian global dan menggunakan peralatan yang diluluskan.
Promosi ini hanya boleh didapati menerusi aplikasi Volkswagen Cares. Jadi, mereka yang berminat perlu memuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.
No Comment