Berita Auto

VOTY 2021//Executive Sedan of the Year – Honda Accord

Kini dalam generasi ke-10, Honda Accord yang merupakan antara pilihan utama bagi golongan profesional dari kelas pertengahan dan pertengahan atas tampil dengan rekaan fastback yang popular di kalangan pengeluar-pengeluar kenderaan dari Jerman seperti Audi.

Seperti Civic dan CR-V, Accord juga dikuasakan oleh enjin 1.5-liter VTEC Turbo empat silinder yang digandingkan dengan CVT namun ia mempunyai kuasa yang lebih tinggi, membolehkan ia bergerak dengan lebih cepat dan tangkas terutamanya ketika hendak memotong.

Walaupun begitu, talaan enjin tersebut jelas lebih sesuai untuk corak pemanduan yang lebih santai, sama ada ketika memandu di dalam bandar atau di lebuh raya. Digabungkan dengan sistem suspensi yang tidak terlalu lembut atau keras serta sistem keselamatan Honda Sensing yang cukup lengkap, Accord menawarkan pengalaman pemanduan yang terasa mewah, menjadikan ia sedan eksekutif terbaik dalam kelasnya.

Spesifikasi Honda Accord 1.5 TC-P

Enjin: VTEC Turbo empat silinder
Kapasiti: 1,498 cc
Kuasa: 201 PS @ 5,500 rpm
Tork: 260 Nm @ 1,600 rpm
Transmisi: CVT
0-100 km/j: 9.1 saat
Kelajuan maksimum: 190 km/j
Harga: RM195,900 termasuk SST

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2020 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2021//Family Sedan of the Year – Nissan Almera Turbo

Next post

VOTY 2021//Luxury Hot Hatch of the Year – Mercedes-AMG A 35

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *