Berita Auto

VOTY 2021//Luxury Hot Hatch of the Year – Mercedes-AMG A 35

Satu lagi jentera AMG yang berjaya memikat hati para juri VOTY adalah Mercedes-AMG A 35 versi hatchback. Sebenarnya, kami tidak perlu untuk masuk ke dalam dan menekan butang penghidup enjin untuk berasa teruja – cukuplah dengan melihatnya dari luar sahaja, jentera dari Affalterbach ini akan memancarkan auranya.

Perkara pertama yang dirasakan ketika memandu sedan ini adalah ia tidak jauh berbeza dengan A 250 dalam situasi pemanduan biasa. Namun, apabila pendikit ditekan, enjinnya boleh diibaratkan sebagai binatang buas yang dikejutkan daripada tidur, di mana ia terus ‘bangun’ dan mengaum seperti tiada hari esok.

Sistem suspensinya agak keras untuk jalan raya Malaysia namun sekurang-kurangnya ia mampu mengurangkan olengan badan ketika mengambil selekoh tajam. Secara umumnya, A 35 adalah sebuah kereta yang sangat versatil dan cukup selesa untuk kegunaan harian. Ia juga sangat praktikal, dengan ruang lega kaki dan kepala di belakang yang memuaskan, serta ruang but yang agak besar.

Spesifikasi Mercedes-AMG A 35
Enjin: turbo empat silinder sebaris
Kapasiti: 1,991 cc
Kuasa: 306 PS @ 5,800 rpm
Tork: 400 Nm @ 3,000 rpm
Transmisi: AMG Speedshift DCT 7 kelajuan
0-100 km/j: 4.7 saat
Kelajuan maksimum: 250 km/j
Harga: RM379,888

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2020 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2021//Executive Sedan of the Year – Honda Accord

Next post

VOTY 2021//Performance Crossover of the Year – Mercedes-AMG GLB 35

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *