Berita Auto

VOTY 2021//Performance Crossover of the Year – Mercedes-AMG GLB 35

Dilancarkan pada September 2020, Mercedes-Benz GLB dibangunkan sebagai kenderaan versatil yang mudah dipandu di kawasan bandar dan pada masa yang sama tetap berkemampuan dalam menangani permukaan off-road yang mencabar.

Bagaimanapun, kehadiran varian Mercedes-AMG GLB 35 membawa prestasinya ke satu tahap yang lebih tinggi. Tidak seperti GLB 200 dan GLB 250 yang mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang, varian ini hanya didatangkan dengan lima tempat duduk namun ia dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda 4Matic bagi mendapatkan tahap cengkaman yang tinggi di atas pelbagai jenis permukaan.

Apa yang terbaik mengenai jentera ini adalah enjinnya yang dirasakan sangat bertenaga. Dengan tindak balas pendikit yang cepat serta bunyi yang agresif, prestasinya langsung tidak mengecewakan. Sudah tentu, sebagai sebuah jentera Mercedes-AMG, model ini menampilkan rekaan agresif yang sepadan dengan prestasinya, serta pelbagai jenis kelengkapan yang canggih dan mewah.

Spesifikasi Mercedes-AMG GLB 35

Enjin: turbo empat silinder
Kapasiti: 1,991 cc
Kuasa: 306 bhp @ 5,800 – 6,100 rpm
Tork: 400 Nm @ 3,000 – 4,000 Nm
Transmisi: AMG Speedshift DCT 8 kelajuan
0-100 km/j: 5.2 saat
Kelajuan maksimum: 250 km/j
Harga: RM363,136

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2020 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2021//Luxury Hot Hatch of the Year – Mercedes-AMG A 35

Next post

VOTY 2021//Supercar of the Year - Aston Martin DBS Superleggera

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *